​Tips Berpantang Sendiri Selepas Bersalin

Berpantang selepas bersalin amat penting buat mommies semua untuk dijaga supaya kesihatan badan kita terjaga dengan baik. Kebiasaannya, lepas bersalin mak kita la yang selalu menjaga kita untuk berpantang. Tapi, apa perlu kita perlu tahu dan ada sebelum kita buat keputusan untuk berpantang sendiri.

Sini momyMez nak kongsikan sedikit tips jika nak berpantang sendiri di rumah.

1. Bincang dengan suami. 

Tulis peranan suami. Ape tugas suami ketika isteri dalam pantang. Kalau bole minta suami ambil cuti sekurangnya 5 hari lepas ibu bersalin. Sokongan suami amat penting ketika ibu tengah berpantang.

2. Jadual Harian dan Menu Makanan.

Sediakan Jadual Menu Makanan dan Jadual Harian ketika sepanjang tempoh berpantang dan tampal di dinding agar senang suami dan ibu nak refer.

3. Tukang Urut.

Tempah tukang urut 3 bulan awal dari tarikh due. Cari yang pandai lancarkan susu ibu dan pandai urut ibu bersalin. Jangan tempah last minit, takut tukang urut yang pandai nanti penuh. MomyMez suggest amik pakej urut sekurangnya 3-7 hari.

4. Nombor Telefon Runner

Simpan no hp runner untuk digunakan ketika kecemasan. Seperti untuk beli makanan atau barang keperluan. Ianya sebagai backup untuk beli barang keperluan sekiranya suami sibuk atau outstation.

5. Asingkan Pakaian bayi

Simpan dan kemas baju baby yang bakal dilahirkan di almari pada paras yang senang ambil. Asingkan baju malam, baju siang, lampin, tuala letak ditempat yang senang nak capai.

6. Babysitter

Sekiranya ibu ada anak yang masih kecil, minta suami letak anak ke babysitter untuk tempoh 1-2 bulan pantang. Boleh hantar seminggu awal dari tarikh bersalin agar anak dapat sesuaikan diri. Ini utk mengelakkan ibu stress dari menjaga kedua-dua anak sekaligus.

7. Minta Tolong Masak

Sekiranya ibu mampu..upah je jiran masakkan makanan pantang. Nak jimat? Minta suami tolong masakkan sebelum ke tempat kerja.

8. Sediakan Makanan Yang Hendak Dimasak

Sekiranya ibu perlu masak sendiri, maka beli barang dapur yang da siap dibersihkan seperti bawang dah siap dikupas, ikan dah siap disiang dan ayam yang dah dipotong. Minta suami rendamkan ayam atau ikan yang nak kite masak sebelum beliau ke tempat kerja. Letak minyak masak ke dalam bekas kecil agar mudah nak angkat.

9. Mandian Herba

Beli mandian herba ibu dalam bentuk pek untuk memudahkan suami merebus setiap pagi. Sekiranya suami tak sempat nak rebus air mandian. Ibu boleh beli sabun herba jenama tanamera. Memang best pakai sabun ni, daki-daki semua keluar dan rasa sedap segar hangat je badan.

10. Mandikan Bayi

Mandikan bayi sambil duduk bersimpuh depan pintu bilik air. Ianya lebih selamat agar luka jahitan tak tertetas.

11. Pakai Bengkung

Ibu harus belajar pakai bengkung dan stokin sendiri. Pemakaian bengkung sangat penting agar badan ibu kembali seperti anak dara.

12. Bertungku

Minta suami panaskan batu tungku sebelum ke kerja dan selepas kerja. Ibu boleh lakukan tuaman sendiri. Tungku atau tuaman sangat penting mengeluarkan saki baki darah dalam rahim terutama darah bantal.

13. Buku Kelahiran

Sekiranya isteri lahir di hospital swasta atau hospital yang jauh dari rumah. Maka suami perlu hantar dan daftar buku kelahiran anak di klinik kesihatan malaysia yang berdekatan rumah. Sebab ibu dan anak akan dilawat dan dipantau oleh nurse bertauliah ke rumah.

15. Jemur Pakaian

Minta suami tolong jemurkan baju sebelum pergi ke kerja. Sebab rahim ibu masih lemah jadi elakkan dari buat kerja yg perlukn ibu bongkok.

16. Kecutkan Rahim

Nak rahim cepat kecut dan ibu pun nak cepat kurus. So, beri susu badan banyak2 pada bayi.
Jangan mengambil mudah proses berpantang. Nanti kelak ibu yang akan menyesal sebab muda lagi dah sakit urat, longgar, keluar angin sana sini, cepat penat dan dingin. Lagi teruk kalau rahim jatuh Nauzubillah min zalik minta dijauhkan la dari kita semua.

Salam sayang dari momyMez.

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.