10 Cara Mengeluarkan Kahak Anak Ketika Selsema Dan Batuk Berkahak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…!

Baru-baru ini, Muaz anak momyMez berkahak sehingga terdengar bunyi kahak didalam dada nya. Kesian juga tengok dia sebab nak bernafas pun susah. MomyMez mencari solusi dan cara merawat kahak yang tersangkut akibat selesema atau batuk berkahak. MomyMez terjumpa beberapa cara dan teknik yang menarik yang boleh kita cuba untuk mengeluarkan kahak anak dan secara langsung dapat melegakan pernafasan mereka. Bawah ini momyMez kongsikan 10 cara yang boleh digunakan untuk membantu anak-anak mengeluarkan kahak mereka:-

Cara #1 : Gas Nebulizer

nebulizer-2

Nebulizer umumnya terdapat satu cairan yang mengandungi ubat bronkodilator dan ekspektoran. Bronkodilator berfungsi untuk melebarkan otot-otot saluran pernafasan dan ekspektoran pula sebagai pencair kahak. Cairan ini akan diubah menjadi wap oleh nebulizer yang diberikan dengan cara menghirup wapnya. Kahak akan mencair dan keluar melalui najis atau muntah.

Cara #2 : Air Kelapa

air-kelapaMinum air kelapa yang asli tanpa gula. Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis.

Cara #3 : Madu

maduPastikan mengguna madu asli sahaja. Cara penyediaan, 1 sudu madu + i biji limau nipis + air. Jika untuk bayi, madu + air sahaja digunakan. Jika ada, gunakan air zamzam kerana ia ada molekul penyembuhan yang baik.

Cara #4 : Bawang Putih + Minyak Masak

Cara penyediaan, ambil 2 ulas bawang putih dan di bakar hingga lembut, lenyekkan bawang putih tersebut dengan sedikit minyak masak (seeloknya gunakan minyak zaitun “olive oil”), lulurkan campuran tersebut ke dada, leher dan belakang anak.

Cara #5 : Daun Kaduk + Kapur + Air

kaduk
Cara penyediaan, daun kaduk + kapur + air, di ramas-ramas. Lulurkan campuran ke dada, leher, belakang anak.

Cara #6 : Kunyit Hidup


Cara penyediaan, bakar kunyit hidup, gesekkan menggunakan lesung batu, ambil air pada lesung batu dan sapu pada hidung dan dada. Jika bayi hidung tersumbat, boleh ambil ibu kunyit dan sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak.

Cara #7 : Teknik Tepukan / Percussion

teknik-tepuk-bayi-cupping

Tepuk belakang kiri dan kanan anak. Jangan tepuk di tengah-tengah bayi. Gunakan teknik cupping masa tepuk tu.

Cara #8 : Terapi wap haba / thermal steam therapy

terapi-wap-habawap-bayi

Dengan mengenakan wap haba, ia boleh mengembangkan tekak anak dan secara tak langsung ia boleh menyenangkan kahak untuk keluar. Caranya ialah duduk dekat “air humidifier” atau letakkan muka keatas mangkuk air panas untuk beberapa minit.

Cara #9 : Gabungan Cara #7 + Cara #8 + Minyak kayu putih

  1. Tuang beberapa titis minyak kayu putih ke dalam besen bersih, kemudian tuangkan air panas menggelegak ke dlm besen berisi minyak tadi.
  2. Wapkan wajah anak anda dlm keadaan meniarap. Tujuannya untuk anak sedut wap tu. AWAS! Jaga tangan anak, takut terkena air panas.
  3. Tepuk-tepuk belakang kiri dan kanan anak. Jangan tepuk di tengah-tengah. Gunakan teknik cupping semasa tepuk. Tempoh yang perlu dilakukan antara 10 – 15 minit.
  4. Lepas dah siap, buang lendir kahak dari hidung anak.
  5. Selepas buang lendir kahak, boleh sedut lebihan hingus dalam hidung menggunakan mulut atau pam (anak sendiri jangan geli).
  6. Selepas selesai, boleh gunakan cara #4, sapukan minyak bawang putih di tapak kaki dan belakang badan anak. Masa itu, boleh dengar pernafasan anak olancar dan lega.

Cara #10 : Memberi Makanan Tambahan / Supplemen 

minyak-ikan

Omega atau minyak ikan adalah supplemen yang bagus utk mencairkan kahak. Berikan anak cecair dalam sahaja, buangkan kapsulnya kerana bayi boleh tercekik. Lebih elok diberikan anak makan terus cecair tersebut, jika mereka muntah lebih elok kerana kahak boleh terkeluar sekali.

 

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge