10 Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang || Bercuti Bersama Keluarga

Tips untuk ibubapa membawa bayi “infant” menaiki kapal terbang || Masuk musim cuti sekolah sahaja, pasti ramai ibubapa yang akan membawa anak-anak pergi bercuti atau melancong sama ada di dalam negara atau luar negara. Ada juga yang sudah merancang dari awal dan membeli tiket kapal terbang. Untuk tahun ni, MomyMez pun sudah membeli tiket untuk pergi Sabah dihujung bulan November. MomyMez akan membawa 2 anak yang berumur 1 tahun dan 2 1/2 tahun. Berdasarkan pengalaman momyMez yang sebelum ni membawa anak ketika umur 8 bulan dan pernah juga bekerja di syarikat pelancongan, momyMez nak kongsikan sedikit tips dan panduan lengkap jika membawa bayi menaiki pesawat agar keselesaan dan perjalanan lancar.

Tip #1 – Pemilihan waktu penerbangan

Ketika membeli tiket penerbangan, pilih waktu dan tempoh penerbangan yang sesuai dengan  waktu tidur bayi. Jika perjalanan yang jauh, waktu malam adalah sesuai kerana bayi boleh tidur dengan lena dan panjang. Sebaliknya, jika waktu tempoh penerbangan singkat, waktu siang adalah paling sesuai.

Tip #2 – Pilih tempat duduk di dalam pesawat

Jika bayi anda menyusu badan, dapatkan tempat duduk di tepi tingkap atau tempat duduk yang jauh dari pandangan orang. Ini untuk keselesaan ibu dan bayi yang sedang menyusu. Bagi bayi yang menyusu botol, tempat duduk yang senang keluar atau berdiri adalah sesuai kerana senang untuk anda mengambil dan membuat susu.

Tip #3 – Pilih pakian yang sesuai untuk ibu dan bayi

Bagi ibu yang menyusu, pilih pakaian dan bra yang senang untuk menyusu. Senang untuk dibuka dan tutup. Boleh bawa nursing cover atau pashmina bersama sebagai pelindung ketika menyusu.

Pilih pakaian bayi yang senang dibuka untuk menukar lampin. Pakaikan baju yang tebal sedikit dan berlengan panjang kerana suhunya agak sejuk.

Tip #4 – Bawa stroller

Jika ada stroller, maknanya keluarga itu ada bayi. Daftar masuk awal kerana ibu-bapa dan anak akan diberi keutamaan untuk naik kapal terbang terlebih dahulu. Biasanya, satu keluarga yang bersama dengan bayi akan dibenarkan masuk sekali. Bawa stroller sehingga ke aero-bridge dan tinggalkan disana. Kakitangan mereka akan tolong menyimpankannya. Jika guna AirAsia,  yang tidak menggunakan aero-bridge, letakkan stroller ditangga sebelum naik kapal terbang.

Tip #5 – Bagi anak main sampai penat

Bermain dengan anak sehingga mereka penat sebelum penerbangan dan pastikan mereka cukup makan. Tips ini agak berguna kerana mereka akan terlena keletihan ketika didalam penerbangan.

Tip #6 – Tukar lampin siap

Tukar lampin bayi sebelum penerbangan sama ada penuh atau tidak. Ini akan memberi keselesaan untuk bayi tidur dengan lena dan tidak meragam.

Tip #7 – Bawa selimut sendiri

Bergantung kepada pesawat yang kita naiki. Ada juga yang menyediakan selimut seperti MAS, boleh minta dengan peramugari yang bertugas.

Tip #8 – Bawa satu beg “hand carry” khas untuk keperluan bayi.

Pastikan lengkap semua keperluan bayi seperti susu, tisu basah, biskut bayi, minyak angin saiz kesil (sorokkan jika boleh) dan lampin. Letakkan barang-barang dibawah kerusi supaya senang dicapai.

Tip #9 – Perubahan tekanan ketika “takeoff” atau “landing”

Ketika pesawat hendak “takeoff” atau “landing”, tekanan udara akan berubah secara mendadak. Perubahan ini akan menyebabkan telinga bayi tidak selesa dan bayi boleh menangis. Tutup telinga anak anda ketika ini dan beri anak anda menyusu sekiranya boleh.

Tip #10 – Tempah kemudahan buaian / “Bassinet”

bassinet

Kebiasaannya penerbangan full service airline ada menyediakan “bassinet” khas untuk bayi bawah 24 bulan seperti MAS dan GARUDA. Akan tetapi, Air Asia juga ada menyediakan “bassinet”. “Bassinet” perlu di booking agar tempat duduk hampir dengan baby cot seat.

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.