7 Amalan Seharian Bagi Membina Peribadi Usahawan Cilik

“Bapak borek anak rintik”, itu adalah ungkapan yang tepat bagi membuktikan bahawa sikap seorang ayah atau ibu bakal dicontohi oleh anak-anaknya. Oleh itu, langkah pertama bagi melahirkan seorang usahawan perlu bermula dari rumah. Kepada ibu bapa yang menginginkan anak-anaknya menjadi usahawan yang berjaya di dunia dan juga untuk akhirat, usaha dengan 7 amalan seharian ini bagi membina peribadi usahawan cilik :

  1. Baca surah Yusof semasa mengandung supaya anak dalam kandungan memiliki semangat berdikari, wajah yang baik dan budi pekerti yang mulia.
  2. Ajarkan mereka solat ketika berumur tujuh tahun supaya mereka taat kepada tuhan.
  3. Ajar menghormati rezeki ketika makan iaitu dengan membaca doa supaya mereka tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.
  4. Didik dengan tahap disiplin yang tinggi terhadap kepentingan masa dan ilmu supaya mereka tidak leka di kemudian hari.
  5. Didik dengan teknik pengurusan duit poket supaya mereka bijak berbelanja dan tidak boros.
  6. Ceritakan kepada mereka bentuk pekerjaan dan bisnes diri sendiri supaya timbul minat dalam hati mereka.
  7. Galakkan mereka bercerita tentang pembinaan kerjaya masa depan. Jika perlu hadiahkan mereka permainan yang beridentitikan kerjaya seperti alat kedoktoran jika mahu mereka menjadi doktor.
teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.