8 Kaedah Mengatasi Masalah Kulit Jeragat Dengan Mudah Dan Semulajadi

Jeragat adalah masalah kulit yang sering juga menghantui ramai orang selain dari masalah kulit berjerawat. Jeragat bagaikan kesan degil yang sangat sukar untuk dihilangkan

Jeragat atau dalam istilah inggeris ‘freckles’ adalah masalah kulit yang menyebabkan beberapa tompokan atau ‘spot’ bulat yang bersifat rata (tidak berbonjol seperti jerawat).

Biasanya berwarna perang dan muncul dengan pelbagai saiz pada permukaan kulit. Menurut Persatuan Dermatologi Amerika Syarikat (AAD), ‘freckles’ atau jeragat adalah salah-satu tanda kerosakan pada kulit.

Individu yang berusia 40 tahun ke atas biasanya mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jeragat.

Jeragat merupakan penyakit kulit yang tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan tetapi ia menjadikan kulit kelihatan kusam dan kotor. Oleh itu, amat penting untuk kita mengetahui tips mengatasi masalah jeragat ini.

Kenali Jenis-Jenis Jeragat

Jeragat umumnya terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

  • Seborrhoeic keratoses – disifatkan timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
  • Melasme – tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
  • Skin Tag – daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya tumbuh pada bahagian ketiak dan leher.

Walaupun jeragat merupakan sejenis penyakit kulit yang tidak merbahaya, penggunaan kaedah rawatan atau perlakuan fizikal sepperti mengutil dan mencabut jeragat ini boleh menyebabkan luka, berdarah dan bernanah di kawasan yang bermasalah.

Apakah Faktor yang Menyebabkan Jeragat?

Walaupun secara umum mengatakan jeragat mula menyerang sekitar umur 40 tahun ke atas, namun ia tidak mustahil untuk menyerang golongan awal 20-an berpunca dari persekitaran dan gaya hidup (pemakanan). Risiko terjadinya jeragat ini paling tinggi untuk kaum wanita muda dengan nada kulit keperangan, sawo matang dan kuning langsat. Antara faktor utama yang menyebabkan jeragat adalah:

  • Cahaya matahari terik berlebihan samaada secara langsung atau tidak
  • Pengambilan ubat hormon terutamanya ubat perancang.
  • Penggunaan kosmetik atau rawatan kulit yang tidak sesuai
  • Keturunan

Selain itu, masalah jeragat boleh juga disebabkan oleh kesan penggunaan alat mekap yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.Di samping itu jeragat boleh terjadi disebabkan oleh masalah pada limpa.

Kaedah Semulajadi Menenghilangkan Jeragat

Kaedah 1 – Kulit Pisang Berangan

  • Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat.
  • Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

Kaedah 2 – Putih Telur

  • Gunakan putih telur.
  • Rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda  sehingga tisu menjadi kering.
  • Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Kaedah 3 – Sireh Muda

  • Ambil  beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk.
  • Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Kaedah 4 – Daun Betik

  • Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis.
  • Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman.
  • Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis.
  • Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit.
  • Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci.
  • Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Kaedah 5 – Hampas Kelapa

  • Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.
  • Biarkan selama 15 minit atau lebih dan amalkan selalu.
  • Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Kaedah 6 – Jus Lemon

  • Jus lemon adalah bahan yang amat berkesan untuk merawat tompokan jeragat.
  • Jus lemon mempunyai ciri pencerahan kulit yang baik yang akan bertindak sebagai peluntur kepada bintik-bintik jeragat.
  • Sapukan jus lemon segar pada kulit yang terjejas dan perlahan-lahan urut bahagian itu. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Ulang aktiviti ini dua kali sehari.
  • Pilihan lain adalah dengan menggunakan skrub lemon. Potong lemon separuh dan taburkan setengah sudu teh gula di atasnya. Perlahan-lahan gosok kulit anda dengan ia selama beberapa minit dan kemudian basuh kulit anda dengan air.
  • Anda boleh amalkan petua ini sekali atau dua kali seminggu secara tetap.

Kaedah 7 – Krim Yoghurt

  • Asid laktik dalam yoghurt boleh membantu untuk menghilangkan jeragat.
  • Ia amat berguna untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Kaedah 8 – Madu

  • Madu sangat baik untuk memudarkan jeragat kerana ia mengandungi enzim yang membantu meringankan pigmentasi kulit.
  • Sebagai tambahan, sebagai pelembap semulajadi, ia bagus untuk melempapkan kulit muka anda.
  • Campurkan madu dan air panas. Panaskan sebentar dengan ketuhar gelombang mikro.
  • Sapukan pada kawasan yang terjejas dan biarkan ia selama beberapa minit. Akhir sekali, bilas bahagian tersebut sehingga bersih dengan air suam. Ulang ini setiap hari untuk beberapa minggu.
  • Anda juga boleh membuat masker herba dengan mencampurkan gandum dengan madu suam. Pakai masker ini dan biarkan selama kira-kira 10 minit. Bilas kawasan tersebut dengan air suam dan kemudian basuh sekali lagi dengan air sejuk. Ulangi dua hingga tiga kali seminggu untuk beberapa bulan. Ini adalah salah satu remedi yang paling berkesan untuk jeragat.
  • Satu lagi pilihan adalah untuk membuat campuran madu dan yogurt, dan sapukan pada kawasan bermasalah dan biarkan selama 30 minit setiap hari sehingga anda mendapat hasil yang diharapkan.

Macam mana dengan kaedah-kaedah yang diberi di atas? Sukar mendapatkan bahan? Tiada masa? Leceh?

Apa sebenarnya yang badan kita perlukan untuk mengatasi risiko jeragat ini?

 

Bagaimana Shaklee Membantu Mengatasi Masalah Jeragat?

Seperti rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa pemakanan juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah jeragat ini. Bagaimana cara untuk mendapatkan makanan yang mengandungi sumber vitamin E, vitamin C dan Protein? Anda tidak  perlu lagi pening-pening memikirkan soal ini kerana di Shaklee, Set Jeragat sudah lengkap untuk memastikan anda mendapat sumber nutrient yang diperlukan untuk memastikan kulit anda sentiasa sihat, bersih dan awet muda!

Energizing Soy Protein

  • Sumber protein yang sangat baik untuk mengurangkan kesan hitam (sel kulit mati)
  • Membantu menghasilkan sel-sel kulit yang baru.

Vitamin E Complex

  • Terkenal sebagai vitamin awet muda dengan melambatkan proses penuaan.
  • Membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.
  • Membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.
  • Sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Vitamin C Sustained Release

  • Sangat penting dalam pembentukan kolagen.
  • Sangat baik untuk kulit dan menghalang kerosakan sel akibat radikal bebas

Collagen Powder

  • Sumber kolagen semulajadi terbaik
  • Mampu mengurangkan pigmentasi, masalah jeragat dan tona kulit tidak sekata.
  • Kecantikan semulajadi adalah dambaan setiap wanita.

Selain set vitamin Shaklee yang dinyatakan di atas, anda juga boleh mencuba Set NutriWhite Skin Care yang terbukti selamat dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih sihat dan berseri.

Testimoni Set Jeragat Shaklee

 

Masalah kulit sedikit sebanyak menjadi tekanan dan menyebabkan kurangnya keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Jangan biarkan diri anda terus tertekan dengan masalah kulit yang semakin menular. Dapatkan khidmat nasihat segera agar masalah anda dapat ditangani dengan segera!!

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

Tunggu

Anda ingin harga lebih MURAH dengan PENJIMATAN sehingga 15% ke 20%?

DAFTARKAN diri anda sebagai ahli Shaklee sekarang.

Klik dibawah untuk mendaftar ahli.

Daftar Ahli Shaklee hari Ini

 

Klik dibawah untuk Whatsapp momyMez untuk pertanyaan lanjut.

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.