8 Langkah Suburkan Hubungan Suami Isteri || Keluarga Bertambah Bahagia

Hakikatnya tidak kira semasa bercinta atau sudah lama berkahwin, demi kebahagian suami isteri dan keluarga perlu mencuri masa untuk membina hubungan. Memang tanggung jawab seperti kerja dan anak-anak perlu didahulukan tetapi nilai hubungan juga penting untuk dipelihara. Mari cuba tip di bawah agar hubungan suami isteri terus subur dan bahagia.

Langkah #1 : Puji

Islam menggalakkan untuk memberi puji-pujian terhadap yang Maha Esa dan Nabi Muhammad SAW. Selain itu tidak salah kita memberi pujian terhadap pasangan. Sebagai seorang suami tidak salah memuji masakan isteri. Segala penat lelah isteri hilang sekelip mata andai suami memuji masakannya sedap dan kena seleranya. Begitu juga dengan isteri perlu memuji suami andai dia menghulurkan tangan membantu meringankan beban tugas di rumah. Ucapan terima kasihmerupakan ‘magic word’ yang boleh menghilangkan segala lelah dan beban. Kalau boleh puji suami atau isteri dalam semua aspek kehidupan.

Langkah #2 : Peluk

Pernah tak dengar orang berkata bayi yang tidak cukup bulan cepat membesar andai ibunya sering membelai dan mengurutnya? Begitu hebat kuasa sentuhan. Hubungan suami isteri juga perlu begitu. Suami isteri perlu saling memeluk antara satu dengan yang lain setiap hari. Jika rasa sukar untuk berbuat begitu ketika bersalam hendak ke tempat kerja susuli dengan pelukan. Peluk dengan erat pasangan dan lepaskan dengan penuh rasa kasih saying.

Langkah #3 : Perhatian

Jangan menganggap apabila sudah bergelar isteri atau suami orang tidak menagih perhatian lagi. Mungkin ramai yang beranggapan sebegitu dan memberi perhatian seluruhnya kepada anak-anak. Sebenarnya tanggapan sebegitu salah dan kadang-kadang mengakibatkan pasangan rasa tersisih dan terasing. Sebagai isteri perlu memberi perhatian tentang keperluan suami. Berkongsi suka dan duka kehidupan merupakan salah satu perhatian yang wajar dititik-beratkan.

Langkah #4 : Persefahaman

Suami dan isteri dilahirkan dengan latar belakang dan pendidikan yang berbeza. Oleh itu tidak semua yang dilakukan suami atau isteri yang disukai. Namun sebagai manusia kita perlu betolak ansur agar hubungan berkekalan dan harmoni. Kita perlu menerima pasangan seadanya. Sukar untuk mengubah sikap tetapi dengan sikap tolak ansur kadang-kadang boleh membuat pasangan berubah ke arah yang lebih baik.

Langkah #5 : Pergaulan

Sebagai seorang isteri sudah menjadi kewajipan untuk menjaga pergaulan ketika berada di luar rumah. Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang bukan muhrim. Elakkan pergaulan yang melampaui batas dan menimbulkan syak seperti keluar berdua-duaan tanpa pengetahuan suami. Suami juga perlu menjaga pergaulan agar tidak dicemburui isteri. Jika mempunyai masalah elakkan bercerita dengan orang ketiga yang tidak mempunyai kaitan keluarga.

Langkah #6 : Percutian

Merancang sebuah percutian yang jauh dari hiruk-pikuk kota raya dan kesibukan tempat kerja perlu untuk menyemai kasih antara suami dan isteri. Anda perlu merancang dua percutian dalam setahun iaitu percutian bersama keluarga dan hanya untuk anda berdua sahaja. Lupakan segala tekanan dan nikmati percutian yang nyaman tersebut.

Langkah #7 : Penghargaan

Memberi penghargaan adalah suatu nilai yang tidak boleh dibeli dimana-mana. Sebagai contoh jika kita memberi penghargaan kepada anak kecil yang berpuasa penuh sebulan dalam bulan Ramadhan. Tentu mereka bersungguh-sungguh untuk berpuasa meskipun tidak dapat menahan lapar dan dahaga. Namun demi penghargaan yang menanti pasti sanggup menempuhnya. Amalan memberi penghargaan atau hadiah dalam hubungan suami isteri juga penting. Bukan hadiah yang diambil kira oleh pasangan tetapi ingatan itu memberi kebahagiaan.

Langkah #8 : Permohonan

Langkah yang terakhir yang anda harus lakukan pada setiap masa adalah memohon ke hadrat Ilahi agar hubungan anda suami isteri sentiasa terpelihara daripada segala fitnah. Doa agar hubungan anda berdua sentiasa mekar mewangi tidak kira walau apa pun dugaan yang datang melanda. Semoga hubungan ini kekal sehingga Jannah..Amin!

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge