8 Tip Mendidik Anak Anda Suka Memberus Gigi Secara Berterusan

Memberus gigi anak adalah sama sukarnya seperti menyuruh mereka mandi atau makan sayur-sayuran. Malah ia boleh menjadi satu perkara yang anak-anak tidak selalu menyambut dengan penuh semangat dan seringkali ibubapa dipenuhi dengan rintangan. Akan tetapi, amalan memberus gigi untuk anak adalah penting untuk membantu anak-anak mencegah dari kerosakan gigi dan membesar dengan kebersihan mulut yang baik dan terjaga.

Jadi bagaimana ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak untuk memberus gigi mereka secara suka dan tetap? Terdapat beberapa cara untuk menggalakkan anak-anak untuk berus, dan untuk berbuat demikian dengan berkesan.

Tip #1 – Cerita kepada anak-anak kebaikan memberus gigi, seperti menceritakan gigi akan berlubang jika tidak memberus gigi. 

Tip #2 – Tunjuk dan ajar mereka cara memberus dengan betul serta menyeronokkan setiap kali hendak memberus. Jika anak-anak rasa gembira ketika memberus, mereka sendiri akan tidak sabar untuk menunggu masa memberus gigi.

Tip #3 – Memberus gigi seperti roda kereta api. Ajak anak anda memberus gigi sambil bermain roda kereta api choo-choo, ini dapat membantu mereka memberus dengan betul. Ini kerana cara memberus yang betul adalah cara bulatan besar dalam strok mengurut – bulat dan bulat dan bukannya ke belakang dan sebagainya atau menyental.

Tip #4 – Hasilkan banyak buih ketika memberus. Kerana apabila banyak buih terhasil, ia bermakna mereka memberus dengan baik. Anda boleh mengadakan pertandingan membuat buih dengan anak-anak anda untuk melihat siapa yang boleh membuat buih yang paling banyak.

Tip #5 – Bawa anak patung atau permainan anak-anak ke dalam bilik air. Ajak anak-anak bermain dengan cara memberus gigi mainan mereka dan secara langsung suruh anak-anak memberus gigi mereka sendiri juga. Anda juga boleh membuat permainan di mana berus gigi anak anda adalah superhero yang memerlukan untuk menyelamatkan setiap gigi dari raksasa plak.

Tip #6 – Ketika membeli-belah, biarkan anak-anak anda memilih ubat serta berus gigi mereka sendiri.

Tip #7 – Menyanyikan abjad atau mengira masa ketika memberus. Perkara ini disyorkan kerana memberus gigi paling kurang adalah 2 minit. Jika mereka sudah biasa dengan masa, mereka akan lebih bertanggung jawab dengan memberus dengan cara yang betul.

Tip #8 – Akhir sekali, Memuji anak anda. Ini adalah perkara yang sangat penting untuk semua aktiviti yang anak anda lakukan untuk memberi galakan serta sokongan. Beri pujian kepada anak-anak anda apabila mereka melakukannya, terutama apabila mereka melakukannya dengan pukulan yang betul dan selama dua minit kukuh.

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge