9 Jenis Makanan Semulajadi Sebagai “Milk Booster” atau Penambah Susu Badan Anda

Assalamualaikum momy-momy sekalian…!

Pernah terasa tak susu badan anda tidak mencukupi atau si comel anda selalu menangis seperti kelaparan. Hari ini momyMez nak kongsikan sedikit info bagaimana nak meningkatkan susu badan dengan hanya menambah 9 jenis makanan semulajadi ini dalam diet anda.

1. Lobak Putih

Lobak putih dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu badan yang banyak. MomyMez banyak makan lobak putih ini terutamanya ketika berpantang anak pertama sebab ketika itu memang susu agak kurang. Selepas masak sup lobak putih dan makan bersama nasi dan ikan, memang hasil susu badan bertambah.

2. Sawi

Antara sayur hijau yang tersenarai sebagai makanan “milk booster” ialah sayur sawi. Sawi agak sedikit pahit tapi khasiatnya sangat banyak. Sawi juga dapat membantu dengan masalah sembelit apabila diambil dengan kerap, ibu hamil sangat digalakkan untuk makan sayur sawi ini.

3. Bayam

Bayam juga dapat meningkatkan susu badan, tetapi ada yang menyatakan bayam ini ‘sejuk’ dan boleh menyebabkan bayi kembung perut. Tapi kalau dah lepas pantang boleh cuba. Bayam sedap dimakan sebab rasanya manis dan senang dimasak.

4. Barli

Barli bukan setakat menambah susu badan, ia juga dapat menambah tenaga dan juga menyejukkan badan. Barli sedap di rebus sehingga kembang dan minum airnya setelah suam. Boleh juga di tambah dengan gula untuk mengelakkan rasa payau. Apabila direbus, boleh cuba memasukkan daun pandan untuk menaikkan haruman air barli tadi. Memang sedap!

5. Jantung Pisang

Jantung pisang memang sedap dimakan terutamanya hanya dicelur dan dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu. Kadang-kadang momyMez masak tumis tambah dengan cili padi. Tetapi jangan pedas sangat takut bayi akan terasa kepedasannya nanti.

6. Longan Kering dan Kurma Merah

Buah longan kering dan kurma merah kering ini boleh didapati di kedai ubat tradisional cina, boleh juga didapati di beberapa pasaraya besar. Dalam bahasa Cina, ia dikenali sebagai ‘geng geng’. Biasanya orang membeli buah yang sudah dikeringkan, dibuang kulitnya dan siap dipek di kedai ubat cina dengan kadar RM5 sebungkus, untuk tiga hingga empat kali rebusan. Klau susah sangat nak buat tu, order je laicheekang di kedai makan. Memang ‘favourite’ momyMez tu, terutamanya ketika cuaca panas atau badan terasa seperti nak demam.

7. Halba atau Fenugreek

Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut dan ada juga yang suka letakkan halba dalam masakan harian. Sekarang dah banyak biskut atau minuman yang ditambah dengan fenugreek untuk tujuan merangsang dan melancarkan susu. Halba bersifat ‘panas’ dan boleh memanaskan badan, ada sesetangah momy dan bayi tidak serasi. Dinasihatkan anda mencuba dengan kadar sedikit dahulu untuk pastikan anda dan bayi tidak alah pada halba.

8. Buah Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu. Kurma juga dapat memberi tenaga tambahan, ibu yang menyusu juga perlukan tenaga untuk menyusu.

9. Betik Muda

Amalan memakan betik muda ini adalah turun temurun dari orang-orang tua kita, kerana betik muda ini baik dan sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

Semoga sedikit perkongsian momyMez ini dapat membantu momy-momy sekalian dalam usaha menyusukan anak untuk tempoh 2 tahun.

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.