Awas!! Bahaya air masak kepada bayi di bawah 6 bulan

Pasti ada yang tertanya kenapa bahaya air masak ni untuk bayi dibawah 6 bulan kan? Ini adalah sebabnya:

1. Merencatkan Tumbesaran

Apabila bayi diberi air masak, bayi akan kekenyangan dengan air masak kerana perut bayi sangat kecil. Akibat kekenyangan tadi, bayi akan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Apabila susu ibu tidak dapat diberikan kepada bayi secara optima dan bayi tidak mendapat segala khasiat yang diperlukan ia boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya. Air masak tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal

Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kemicterus’ iaitu Terencat Akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3. Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

4. Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur dibawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water Intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu, beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

Wallahua’lam..! Semoga kita menjaga anak-anak kita dengan sebaiknya.

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.