Awasi Anak Anda Melayari Youtube

Kanak-kanak zaman sekarang sering kali terdedah atau didedahkan dengan media sosial. Ada segelintir ibu bapa sendiri yang mendedahkan media sosial kepada anak mereka terutamanya laman youtube hanya semata-mata untuk anaknya duduk diam dan tidak membuat bising atau berlari. Ada diantara anak-anak seawal usia 2 tahun sudah pandai meminta atau membuka youtube sendiri di smartphone atau tablet.

Anak momyMez juga sering melayari youtube dan juga pandai membuka youtube sendiri seawal usia 2 1/2 tahun lagi. Apa yang merisaukan momyMez adalah apa yang anak-anak ini tonton di youtube itu. Baru-baru ini, media sosial telah digemparkan dengan penemuan video di laman youtube bernama Toy Channel. Toy Channel adalah satu laman video yang memaparkan gambaran video yang berkait rapat dengan kartu animasi seperti Elsa dari Frozen, superhero seperti Spiderman dan mana-mana sahaja kartun yang diminati kanak-kanak. Tetapi, lagak dan aksi mereka agak melencong dari kartun yang asal dimana mereka menyelitkan unsur-unsur lucah dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Apa yang menakutkan adalah, mereka sudah bertapak lama dalam menerbitkan video-video sebegini. Ada diantara video-video ini akan secara tiba-tiba ‘pop-up’ di screen ketika anak-anak melayari youtube ketika sedang menonton video yang digemarinya. MomyMez sudah berkali-kali nampak anak momyMez menonton video seperti ini yang agak keterlaluan dan merisaukan.

Ada beberapa cara yang momyMez lakukan supaya anak-anak tidak terdedah dengan video-video yang tidak senonoh ini lagi. Tetapi cara yang terbaik adalah, MomyMez akan sembunyikan applikasi youtube di semua smartphone dan tablet. Kemudian momyMez akan muat naik applikasi Youtube kids. MomyMez akan ajar anak-anak untuk menggunakan Youtube kids sahaja untuk menonton video. Applikasi ini lebih mudah untuk kita mengawal apa yang boleh dilihat oleh anak-anak kita. MomyMez juga akan pastikan kesemua smartphone diletakkan screen lock supaya mereka tidak sewenang-wenangnya membuka dan melayari youtube tanpa pengawasan kita.

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.