Bagaimana Demam Kuning Terjadi Di Kalangan Bayi Baru Lahir

Demam kuning dalam kalangan bayi yang baru sahaja lahir merupakan satu perkara yang biasa berlaku.

Demam Kuning atau Jaundis kerap berlaku pada bayi pra-matang berbanding bayi yang lahir cukup bulan.

 

Bagaimana Demam Kuning @ Jaundice Terjadi?

Demam Kuning @ Jaundice terjadi apabila darah bayi mengandungi bilirubin yang berlebihan.

( Bilirubin merupakan satu bahan kimia yang dihasilkan ketika penguraian normal sel darah merah)

Jaundice adalah dimana keadaan kulit dan mata bayi menjadi kuning. Biasanya ia akan berlaku pada bayi yang baru lahir, dua atau tiga hari selepas kelahiran.

Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang tinggi, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat.

Apabila berlakunya peningkatan bilirubin lebih dari normal, kekuningan jaundice tersebut akan bergerak dari kepala ke bawah, kemudian ke tengkuk dan dada serta jari-jari kaki bayi. Jaundice ini dikenali sebagai “Physiological Jaundice” (Demam Kuning Normal).

Terdapat 3 Jenis Demam Kuning iaitu ;

Demam Kuning Normal (Physiological Jaundice)
Demam Kuning Pra-Matang
Demam Kuning Susu Ibu (Breast Milk Jaundice)

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.