Bagaimana Kulit Tidak Sihat Terjadi Dan Kesannya

Alhamdullilah..

Hari ni momymez nak kongsikan tentang masalah kulit yang tidak sihat dan bagaimana masalah ini berlaku. Kita perlu ambil tahu juga tentang ni supaya kita boleh kekalkan kulit sihat.

Bagaimana masalah kulit tidak sihat terjadi?

Seperti mana yang kita tahu, faktor penuaan juga adalah salah satu punca kulit kita makin tak sihat tau. Semakin usia kita meningkat, keanjalan kulit kita juga semakin berkurangan. Kalau dibiarkan akan hilanglah keanjalan kulit.

Regenerasi kulit pun akan menjadi semakin perlahan dan akhirnya akan nampak tompok-tompok penuaan tu, dipanggil sebagai ‘aging spot’ iaitu tompok-tompok hitam atau coklat yang akan muncul pada permukaan kulit.

Selain daripada itu, kita juga sering terdedah kepada gaya hidup yang tidak sihat. Contohnya, tidur dan bangun lewat, pemakanan yang tidak sihat seperti makanan yang bergoreng, yang tinggi dengan lemak dan tidak berkhasiat.

Pendedahan kulit pada matahari juga salah satu faktornya iaitu pendedahan kepada sinaran UV, kepada jerebu kepada pencemaran dimana semua ini akan mempercepatkan proses penuaan kita.

Jadi, apa akan jadi pada kulit?

Kesan-Kesan Kulit Tidak Sihat

💔 Kulit akan kehilangan seri

💔 Masalah tona kulit tidak sekata

💔 Masalah tompok-tompok hitam

💔 Masalah garis-garis halus dan kedutan

💔 Masalah pigmentasi ataupun jeragat yang semakin ketara

Bila kita nampak ada tompok-tompok hitam ataupun jeragat yang mula timbul dibahagian muka kita, biasanya bila kita akan panik dan kita akan mula mencari dan membeli skincare yang membantu untuk mencerahkan kulit.

Beringatlah. Berhati-hati ketika memilih skincare, pilih yang semulajadi untuk kesihatan kulit anda.

MomyMez cadangkan skincare semulajadi YOUTH Shaklee.

Terbukti berkesan dan semula jadi. Bestnya 100% Vegan.

teratak

One thought on “Bagaimana Kulit Tidak Sihat Terjadi Dan Kesannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge