Bahaya Jangkitan Kulit Impetigo || Kanak-Kanak Paling Mudah Dijangkiti

Assalamualaikum…

Baru-baru ni anak momyMez, Maisya kena jangkitan Impetigo. Pada mulanya momyMez dan suami tidak kenal apa itu penyakit Impetigo dan apa lagi untuk mengetahui gejala-gejalanya dan apa perlu dibuat. Maisya mula kena jangkitan Impetigo di hujung ibu jari tangan, ia kelihatan seperti melecur. Kami ingatkan dia hanya terkena sesuatu yang panas, kami hanya menyapukan krim padanya. Lama kelamaan ia kelihatan membesar dan berair dan mula berjangkit di banyak tempat seperti hidung, kaki, tangan serta di kawasan kemaluan.

Dalam hari ke empat terkena jangkitan, baru kami bawa ke klinik dan doktor hanya memberi sapu. Dalam 2 hari kami sapu ubat tetapi tiada kesan menurun malah ia makin merebak. Kami kembali ke klinik dan doktor memberi ubat yang agak kuat sedikit beserta antibiotik. Namun ia kelihatan surut dengan perlahan. Kesian tengok Maisya tergaru-garu dan menangis kesakitan terutama apabila mandi akibat luka.

Kebetulan dirumah kami ada Vivix Shaklee (Maaf, bukan niat nak promo ya :)), kami cuba sapu kesemua tempat yang terkena jangkitan Impetigo. Alhamdulillah, keesokannya terus kering dan baik sepenuhnya dalam masa 2 hari.

Lebih elok kita mengenali jangkitan Impetigo lebih awal dan supaya kita dapat merawat secepat mungkin sebelum ia menular dan merebak di tubuh anak.

Apa itu Impetigo?

Impetigo merupakan suatu penyakit kulit yang sangat senang menular dan berjangkit yang disebabkan oleh bakteria. Penularan penyakit ini biasa terjadi secara langsung melalui sentuhan kulit dengan kulit atau melalui barang-barang perantara, seperti tuala, baju, atau peralatan makan yang telah terkontaminasi atau dijangkiti bakteria.

Kebiasaannya penyakit ini lebih banyak dan senang dijangkiti pada kanak-kanak daripada orang dewasa kerana mereka lebih cenderung berinteraksi secara fisik dengan teman-teman sebaya mereka, seperti di sekolah atau taman bermain.

Impetigo mempunyai dua jenis, iaitu jenis bulosa dan nonbulosa.

  1. Impetigo bulosa ditandai dengan kulit yang melepuh dan berisi cairan.impetigo-bullous
  2. Impetigo nonbulosa ditandai dengan munculnya bertompok merah, seperti luka yang meninggalkan kerak berwarna kuning kecokelatan. Walaupun tidak melepuh, impetigo nonbulosa lebih senang menular dibandingkan dengan impetigo bulosa.impetigo-nonbullous

Selain gejala yang nampak pada kulit, ada juga gejala lain yang boleh dihidapi bersama kedua-dua jenis impetigo, iaitu demam dan pembengkakan kelenjar getah bening.

Proses perkembangan gejala impetigo

Gejala impetigo tidak akan terus muncul setelah seseorang terkena jangkitan, namun gejala biasanya boleh dilihat setelah 4-10 hari terkena bakteria. Umumnya jenis impetigo yang lebih sering menjangkiti adalah nonbulosa. Jika Anda atau anak Anda menderita impetigo, hindarilah menyentuh kawasan kulit yang terinfeksi untuk mencegah penyebaran.

Jangkitan impetigo bulosa biasanya muncul di bahagian tengah tubuh antara pinggang dan leher atau lengan dan tangan. Manakala jangkitan impetigo nonbulosa biasanya terjadi di sekitar mulut dan hidung. Tetapi ia juga boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain melalui perantara jari, tuala, atau baju yang telah terdedah dengan bakteria.

Berikut ini adalah perkembangan gejala impetigo bulosa:

  1. Kulit melepuh dan berisi cairan berukuran 1-2 sentimeter yang terasa sakit dan membuat kulit di sekitarnya gatal.
  2. Kulit melepuh yang dalam waktu singkat dan boleh merebak ke tempat lain kemudian pecah dalam beberapa hari.
  3. Pecahan kulit yang melepuh kemudian meninggalkan kerak berwarna kuning.
  4. Setelah sembuh, kerak kuning tersebut hilang tanpa meninggalkan bekas sama sekali.

Berikut ini adalah perkembangan gejala impetigo nonbulosa:

  1. Munculnya tompokan merah seperti luka yang tidak terasa sakit, namun gatal.
  2. Tompokan merah ini boleh merebak dalam waktu singkat ketika disentuh atau digaru, kemudian berganti menjadi kerak berwarna kecokelatan.
  3. Setelah kerak yang ukurannya sekitar 2 sentimeter ini kering, yang akan tinggal adalah bekas berwarna kemerahan.
  4. Bekas berwarna kemerahan ini dapat sembuh tanpa bekas dalam jangka waktu beberapa hari atau minggu.

Punca-punca penyakit impetigo

Penyebab penyakit jangkitan impetigo adalah berpunca daripada bakteria jenis Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes. Penularan bakteria ini boleh terjangkit melalui sentuhan terus secara fizikal dengan penderita atau melalui perantara, seperti baju, tuala, napkin, dan sebagainya yang sebelumnya dipakai oleh penderita.

Bakteria akan lebih mudah terjangkit jika seseorang itu memiliki luka sebelumnya, misalnya luka akibat gigitan serangga, terjatuh, atau teriris benda tajam. Boleh juga kerana luka yang ditimbulkan oleh infeksi kulit lain, seperti eksim, kudis, atau infeksi kutu.

Faktor risiko lain yang dapat meningkatkan kemungkinan seseorang terdedah dengan bakteria impetigo, di antaranya:

  • Melakukan ativiti yang penuh dengan sentuhan kulit, seperti olahraga bela diri, bola keranjang, atau bola sepak.
  • Memiliki ketahanan tubuh yang lemah.
  • Kawasan khalayak ramai atau padat. Bakteria penyakit impetigo lebih mudah menular di lingkungan ramai yang mana kemungkinan sentuhan dengan orang adalah tinggi.
  • Anak-anak cenderung lebih aktif dan kerap akan bersentuhan secara fizikal dengan rakan-rakan bermainnya, sistem sistem ketahanan badan anak-anak juga belum terbentuk secara sempurna untuk melawan bakteria dibandingkan dengan orang dewasa.
  • Suhu lembap dan hangat. Bakteria yang penyebab impetigo cenderung lebih mudah berjangkit dan membiak pada keadaan seperti ini.

Cara Merawat Impetigo

Cara utama merawat impetigo adalah dengan menggunakan antibiotik. Dua jenis antibiotik, iaitu antibiotik sapu dan antibiotik minum. Antibiotik sapu digunakan jika jangkitan yang terjadi masih ringan, berada pada satu kawasan, dan belum merebak ke mana-mana. Manakal antibiotik minum digunakan jika gejala impetigo tidak boleh ditangani lagi dengan antibiotik sapu, semakin besar dan merebak.

Sebenarnya sebahagian besar kes jangkitan impetigo boleh sembuh dengan sendirinya tetapi ia mengambil masa dalam jangka waktu lama hingga tiga minggu tanpa diubati. Namun tujuan utama merawat menggunakan antibiotik di sini adalah untuk mempercepat proses penyembuhan dan mengurangi risiko penularan terhadap orang lain.

Jika merawat menggunakan antibiotik sangat penting untuk mengikut petunjuk dan nasihat dari doktor dari segi cara pemakaian, dos, jangka waktu pemakaian, serta kesan sampingan yang dapat timbul dari pemakaian antibiotik tersebut.

Biasanya kesan sampingan penggunaan antibiotik sapu terjadi di sekitar kawasan kulit yang disapu, seperti terasa gatal, kulit menjadi berwarna kemerahan, dan kerengsaan. Manakala kesan sampingan yang boleh terjadi jika mengambil antibiotik minum adalah diarea, rasa mual, dan muntah-muntah.

Jika anda telah menggunakan antibiotik dalam tempoh lebih seminggu, namun belum mengalami perubahan positif pada gejala, pergi berjumpa semula dengan doktor. Dalam hal ini kebiasaannya doktor akan melakukan pemeriksaan sampel kulit yang terjangkit di makmal untuk menguji sama ada anda terjangkit penyakit lain selain impetigo dan memberikan ubat yang sesuai.

Bahaya atau komplikasi impetigo

Jika tidak dirawat dengan betul, impetigo juga boleh menyebabkan komplikasi seperti berikut:

Penyakit glomerulonefritis. Jika bakteria masuk ke dalam sistem limpa dan aliran darah, maka kesihatan organ ginjal juga boleh terancam. Salah satu komplikasi yang menyerang ginjal ini ditandai dengan sakit kepala atau mual yang terus memburuk, pembengkakan pada tubuh, serta perubahan pada urine.

Penyakit ecthyma. Keadaan ini merupakan perkembangan dari gejala impetigo yang sudah sangat parah, iaitu ketika jangkitan merebak lebih jauh ke dalam lapisan kulit dan dapat meninggalkan bekas luka kekal jika tidak dirawat. Kulit penderita ecthyma akan dipenuhi bisul bernanah yang terasa sangat gatal, serta kerak-kerak berwarna cokelat gelap.

Selulitis. Serangan bakteria impetigo di lapisan bawah kulit juga boleh merosakkan jaringan kulit dan menyebabkan selulitis atau jangkitan dibawah lapisan kulit. Jika dibiarkan, bakteria boleh merebak dari kulit ke seluruh tubuh melalui aliran darah.

Sama seperti jaringan parut pada ecthyma, komplikasi berupa jangkitan kulit dan gangguan ginjal juga sangat jarang terjadi. Namun apabila secara kebetulan anda mengalaminya, maka keadaan ini harus dirawat secara serius dan segera kerana jika tidak ia boleh mengakibatkan maut.

Mencegah jangkitan impetigo

Jika anda bukan penderita impetigo dan ingin menghindari penyakit kulit ini, maka caranya cukup sederhana. Hindari bersentuhan terus secara fizikal dengan pesakit atau berkongsi penggunaan barang dengan mereka, seperti tuala, baju, atau peralatan makan. Selain itu jagalah kebersihan kulit anda, terutama jika anda memiliki luka akibat teriris benda tajam, cakaran, atau bahkan luka akibat penyakit kulit lain, misalnya eksima.

Sama juga jika anda atau anak anda merupakan penderita impetigo, langkah pencegahan harus dilakukan agar tidak berjangkit kepada orang lain. Langkah pencegahan seperti tidak berkongsi penggunaan barang-barang dengan orang lain. Sentiasa mencuci barang-barang yang disentuh oleh pesakit tersebut setelah digunakan agar bakteria dibunuh.

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge