Bawa Anak-Anak ke Taman Wetland Putrajaya

“momy-momy..duck, jom duck..” itulah maisya anak momyMez sebut pagi-pagi setelah terjaga dari tidur disetiap hujung minggu. Awal-awal lagi dia sudah ajak tengok itik kegemarannya di Taman Wetland Putrajaya.Β Sudah kebiasaan di hujung minggu adalah hari keluarga untuk momyMez, jadi selalu juga bawa anak-anak ke Taman Wetland Putrajaya sebagai aktiviti dihujung minggu sambil mengajar anak-anak mengenali haiwan dan alam sekitar.

Awal pagi anak-anak bersiap untuk ke Taman Wetland Putrajaya, sebelum itu bawa mereka sarapan dulu sebelum pergi berjalan-jalan. Kemudian pergi beli roti gardenia dan beli makanan ikan untuk dibawa kesana untuk diberikan kepada itik dan ikan, itulah aktiviti kegemaran Maisya dan Muaz.

Sampai sahaja di Taman Wetland, kami terus ke kawasan tasik yang ada itik, angsa dan bangau. Disini lah tempat kegemaran mereka, beri makan kepada itik dan ikan.

 

Setelah habis memberi haiwan makan, kami pergi ke Pusat Penghayatan Alam yang berhampiran dengan tasik itu. Banyak aktiviti yang menyoronokkan untuk anak-anak bermain disana.

Projektor gambar di lantai yang bergerak secara sentuhan membuatkan anak-anak berlari dan melompat-lompat diatas gambar berkenaan.

Replika alam semulajadi dengan aliran air sebenar ditambahkan dengan bunyi, membuatkan kami seperti berada didalam hutan yang sebenar. Sungguh tenang terasa.

Di tingkat atas mempunyai ruang pusat sumber ilmu yang boleh dicari dan dibaca.

Di penghujung pengembaraan kami di Pusat Penghayatan Alam, anak-anak sambung melukis dan mewarna.

Banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat di Taman Wetland Putrajaya, anda juga boleh menaiki trem, naik menara tinjau dan juga berbasikal di sekeliling taman.

Setelah selesai kami berpusing-pusing di Taman Wetland, kami terus ke studio penggambaran. Sepupu Maisya, Harris ada shooting untuk baju-baju raya tahun ini.

Maisya pun sibuk nak jadi model shooting. Lain kali ya Maisya, yang ini untuk baju raya lelaki je..huhu.

Ini lah aktiviti kami dihujung minggu. Seronok bawa mereka jalan-jalan sambil belajar.

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.