Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Mengasingkan Tempat Tidur Anak Dari Bilik Ibu Bapa

Kebanyakan ibu bapa di Malaysia mengamalkan tidur sekatil dengan bayi kerana ia memudahkan dan praktikal, lebih-lebih lagi bagi bayi yang menyusu badan. Namun, semakin anak-anak membesar dan semakin cerdik dan bijak, pengasingan tempat tidur dari bilik ibu bapa adalah perlu. Apakah kepentingan mengasingkan tempat tidur anak-anak dari bilik ibu bapa?

  • Menjaga keharmonian dan maruah keluarga.
  • Anak-anak belajar cara meniru tanpa mengetahui baik buruknya, terutamanya terlihat aktiviti intim kedua ibu bapa mereka.
  • Mengelakkan berlakunya perkara negatif seperti sumbang mahram dan pendedahan aurat secara tak sengaja.
  • Supaya anak-anak belajar berdikari

Tetapi, bilakah waktu paling sesuai untuk kita sebagai ibu bapa patut mula mengasingkan tempat tidur mereka? Ada pendapat yang menyatakan mereka boleh diasingkan seawal usia 3-4 tahun. Namun, perlu dilihat dengan beberapa tanda-tanda seperti dibawah ini supaya kita bersedia untuk mengasingkan mereka dari bilik kita.

Tanda-Tanda Anak Sudah Bersedia Tidur Di Katil Dan Bilik Sendiri

  1. Boleh melakukan aktiviti bebas tanpa dikawal ketat
  2. Anak anda sudah mempunyai rutin tidur yang tetap
  3. Mereka bertanya tentang katil mereka sendiri
  4. Sudah bercerai susu badan
  5. Mula meniru perbuatan dan percakapan ibu bapa

Jangan memandang remeh dengan pengasingan tempat tidur anak dan ibu bapa. Dalam Islam juga ada menekankan selari dengan perkara ini seperti dalam firman Allah SWT dalam surah an-Nur: 58 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu meminta izin (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyan Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya…’).

Oleh itu, kita sebagai ibu bapa haruslah berusaha untuk mengasingkan tempat tidur mereka apabila sudah sampai masa. Jika rumah tidak mempunyai bilik yang mencukupi, setidak-tidaknya kita mengehadkan ruang ibu bapa dengan anak-anak.

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.