Cadangan Persiapan Sebelum Kelahiran

Menanti kelahiran cahaya mata semestinya sesuatu perkara yang membuatkan kita teruja. Persediaan mudah yang sering kita lupa untuk persiapan sebelum kelahiran adalah 3 perkara ini, iaitu :

CUTI

Pastikan kita mengambil cuti awal sebelum tempoh jangkaan bersalin semakin hampir. Terutama bagi yang tinggal jauh di luar daerah atau bandar untuk menelak sebarang kemungkinan masa untuk isteri bersalin tiba dan tidak berteman.

 

PERIKSA KENDERAAN

Pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi. Untuk mengelak berlakunya kereta rosak apabila ia perlu digunakan nanti, sedangkan isteri perlu segera dihantarkan ke hospital untuk bersalin.

 

TELEFON

Telefon a.k.a gajet ini sangat penting disaat waktu kelahiran tiba. Penting untuk kita memastikan telefon kita mempunyai baki kredit yang mencukupi dan memastikan bateri telefon sentiasa penuh untuk digunakan ketika kecemasan kelak.

 

Ini antara 3 perkara mudah yang mungkin kita lupa untuk dititik beratkan bagiΒ persiapan sebelum kelahiran. Sangatlah penting untuk kita memastikan perkara ini kita lakukan.

 

Selepas kelahiran, pastikan si ibu dan bayi dijaga dengan baik sepanjang tempoh berpantang dan jangan lupa untuk sediakan set berpantang untuk isteri.

Set berpantang yang sangat mendapat hati dikalangan ibu bapa boleh klik disini

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.

teratak

One thought on “Cadangan Persiapan Sebelum Kelahiran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.