Cara Hantar Gambar Melalui Whatsapp Tapi Kualiti Tetap Cantik

MomyMez nak kongsikan bagaimana caranya untuk menghantar gambar yang kualiti gambarnya tetap cantik, iaitu gambar tetap sharp, tak blur @ kabur dan pecah.

Untuk gambar yang cantik, jangan hantar gambar dari galeri, tapi sebaliknya menghantar gambar dari dokumen. Lihat gambar dibawah :

Langkah 1

Cumanya, kita tak boleh nak letak caption bila hantar gambar dari dokumen tu sebab saiz gambar tu dah besar dan ikut size gambar sedia ada dalam phone kita tu.

– – Rujuk gambar dibawah untuk langkah seterusnya. – –

Selepas kita pilih lampiran untuk dokumen, akan keluar seperti gambar dibawah ni. Jadi, kita klik saja ‘Browse other docs…’ yang paling atas sekali tu.

Langkah 2

Kemudian akan keluar lah seperti ini (gambar dibawah). Anda bole lah pilih gambar yang nak di hantar tu. Penerima akan dapat gambar ikut saiz gambar sedia ada dalam phone anda.

Langkah 3

O yaaa..gambar anda akan dihantar dalam bentuk begini yaa.. (gambar dibawah) tapi kualiti gambar tu memang cantik. Gambar sharp.

Selesai!

Silakan share untuk manfaat bersama.😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.