Carta Perkembangan Si Comel Anda Dari Lahir Hingga Dua Tahun

Setiap ibu bapa pasti seronok melihat si comel membesar dengan sihat dan bijak. Pelbagai keletah dan kerenah dapat diperhatikan, ada yang mencuit hati dan adakalanya membuatkan kita berasa bangga menjadi ibu bapa mereka. Memang seronok bila kita berada di sisi si comel ketika mereka melakukan sesuatu buat kali pertama seperti ketawa, berdiri sendiri, berjalan, mengucapkan perkataan, memanggil mama atau papa dan sebagainya.

Perkembangan awal si comel kebiasaannya diukur daripada pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya. Berat badan dan tinggi si comel akan diukur ketika baru lahir untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal atau tidak.

Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:

0 hingga 3 bulan

  • Membalas senyuman
  • Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya ditempat sensitif seperti tapak tangan dan kaki.
  • Boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
  • Boleh melihat tetapi tidak fokus.
  • Si Comel boleh tersenyum pada usia enam minggu,
  • Si Comel akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami pada usia lapan minggu.
  • Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
  • Boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap pada usia tujuh hingga lapan minggu.
  • Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.

3 hingga 6 bulan

  • Boleh memusingkan badan dari perut ke belakang dan sebaliknya.
  • Mencapai objek dan menggoncang permainan.
  • Memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
  • Mengangkat dada apabila dibaringkan secara meniarap.
  • Pandai menendang-menendang kakinya.
  • Genggaman tangan si comel semakin pantas dan kuat
  • Boleh mengangkat kepala dan menoleh ke arah anda atau bunyi

6 hingga 9 bulan

  • Mula pandai bergerak dengan menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
  • Mata mulai fokus dan boleh mengekori pergerakan anda atau objek di sekeliling rumah.
  • Si Comel juga mula belajar merangkak.
  • Duduk tanpa disokong
  • Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
  • Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.

9 hingga 12 bulan

  • Boleh menyebut papa, mama, daddy atau mommy
  • Boleh berdiri dan berjalan dengan beberapa langkah.
  • Si comel juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
  • Boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
  • Si Comel mula mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
  • Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘makan’.
  • Si comel gemar bermain ‘cak’ atau ‘sorok barang’ dengan anda.
  • Minum dengan cawan tanpa dibantu

12 hingga 24 bulan

  • Sudah pandai melukis dan menconteng
  • Menyatukan 2 perkataan seperti “Nak..Susu..”
  • Menendang bola ke depan
  • Menanggalkan pakaian
  • Mengikut arahan
  • Pandai makan sendiri dan menggunakan sudu
teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge