Cara memperbanyakkan susu bagi Ibu Menyusu

Assalamualaikum & Salam sejahtera…

Susu ibu adalah susu yang paling baik buat anak yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita. Kita juga diajar untuk memberi susu ibu kepada anak sehingga umur anak 2 tahun.

Banyak khasiat dan zat dalam susu ibu yang tak boleh ditandingi oleh mana-mana susu. Ia juga dapat meningkatkan imun sistem dalam tubuh anak anda. Ramai kenalan Momy Mez yang memberi susu formula kepada anak lebih kerap demam atau sakit berbanding dengan anak yang diberi susu ibu.

Momy Mez nk tanya, adakah anda salah seorang ibu-ibu, momy-momy atau ummi-ummi yang berkeinginan untuk “breastfeed” anak anda dari lahir hingga ke umur 2 tahun? Jika Ya jawapan anda, sama la dengan Saya apabila mendapat cahaya mata yang pertama. Mommy Mez yakin Majoriti yang membaca blog ini pasti berkenginginan untuk memberi susu ibu pada anak sehingga umur 2 tahun.

Anda telah mencuba tetapi gagal mengeluarkan susu dengan banyak dan berkualiti, terasa yang amat sakit pada buah dada kerana bengkak? Anak menangis kerana tak kenyang kerana tak cukup susu?

Kesemua permasalahan diatas pasti membuatkan anda berputus asa. Sama dengan Momy Mez, hampir berputus asa disebabkan permasalahan diatas. Syukur Alhamdulillah, Allah masih memberi saya kekuatan dan tambahan dengan sokongan suami, keluarga dan rakan-rakan.

Sebenarnya untuk para ibu-ibu, momy-momy, mak-mak dan umi-umi berjaya memberi anak susu ibu / Β “breastfeed” secara mutlak tanpa campuran susu formula, kita perlu lakukan beberapa perkara untuk membantu penyusuan kita.

Disini Momy Mez nak kongsikan tips ringkas untuk para ibu-ibu, momy-momy, mak-mak dan umi-umi berjaya menyusu / “breastfeed”.

Tips Ibu Menyusu

  1. Niat atau semangat Ibu itu sendiri untuk memberikan penyusuan penuh kepada bayi.
  2. Menjaga pemakanan.
  3. Rajin dan kerap memberikan bayi menyusu
  4. Posisi menyusu yang betul
  5. Pastikan pelekapannya betul

Tips diatas saya sendiri telah amalkan dan saya juga mengambil SET IBU MENYUSU SHAKLEE

Semoga tips diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda meneruskan memberi anak susu ibu dengan jaya nya.

 

 

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.