Jenis-jenis Demam Kuning @ Jaundice Pada Bayi

Kebanyakan bayi baru lahir ni mudah mendapat demam kuning. Ianya disebabkan oleh beberapa faktor, seperti pengambilan ubatan, tabiat pemakanan dan udara serta persekitaran kini.

JENIS-JENIS DEMAM KUNING @ JAUNDICE

 

Jenis Demam Kuning Normal – Jaundis Fisiologi (Physiological Jaundice)

Biasa berlaku pada bayi baru lahir, dimana hati bayi tersebut tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah disebabkan hati bayi tersebut belum matang atau disebabkan oleh kadar penguraian sel darah merah yang berlaku cepat.

 

Jenis Demam Kuning Pra-Matang

Bagi demam kuning pra-matang pula ianya disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentu sepenuhnya akan mengambil masa yang lebih lama untuk ianya memproses jumlah bilirubin yang terhasil.

 

Jenis Demam Kuning Susu Ibu (Breast Milk Jaundice)

Jenis demam kuning ini biasanya hanya 1%-2% ibu yang menyusukan bayi. Ianya berlaku apabila bahan yang terhasil dari susu ibu yang meghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Akan berlaku pada hari ke 4 hingga hari ke 7, seterusnya akan hilang selepas 3 hingga 10 minggu. Doktor yang akan menentukannya mengikut keadaan bayi tersebut. Ibu boleh meyusukan bayinya selepas sembuh dari demam kuning ini.

 

Ibu hamil, cuba elakkan diri kita dari faktor-faktor penyebab demam kuning pada bayi kita yang bakal lahir nanti. Semoga bermanfaat buat ibu bapa diluar sana.

 

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.