Jenis-jenis Diabetes

Penyakit diabetes merupakan penyakit yang semakin meningkat di seluruh dunia. Penyakit ini bukanlah satu penyakit yang boleh berjangkit. Mengikut statistik di Malaysia ini pada tahun 2013, seramai 3.6million merupakan pesakit diabetes. Itu pada 2013, bayangkan sahaja sekarang sudah tahun 2017, jumlah pesakit diabetes ini semakin meningkat.

Boleh dikatakan juga, diabetes ini setiap seorang rakyat Malaysia dewasa adalah pesakit diabetes. Seramai 52% rakyat Malaysia berumur 18tahun keatas adalah sebenarnya pesakit diabetes tapi mereka tidak tahu dan tidak menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit diabetes.

Sebab itulah, diabetes ini menjadi satu isu kesihatan yang perlu diambil tahu dan diambil berat oleh kita semua. Bukan Malaysia sahaja yang memounyai peningkatan penyakit diabetes, malahan diseluruh dunia juga meningkat.

 

Terdapat 3 Jenis Diabetes, iaitu :

Diabetes Jenis 1

  • Diabetes jenis 1 ini ialah badan anda tidak mampu untuk menghasilkan insulin. Pesakit diabetes jenis 1 ini perlu mengambil insulin setiap hari untuk meneruskan kehidupan.

Diabetes Jenis 2

  • Diabetes jenis 2 ini pula merupakan yang paling biasa berlaku. Pesakit diabetes jenis 2 ini ialah tubuh badan tidak membuat atau menggunakan insulin dengan baik.

Diabetes SemasaΒ Mengandung

  • Ianya juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia penyakit diabetes yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Ianya berlaku apaila badan tidak dapat menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin secukupnya.

 

Apakah Diabetes?

Diabetes ini merupakan penyakit yang berlakuΒ apabila kandungan gula dalam darah terlalu tinggi. Seperti yang kita tahu, setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh badan kita akan dicerna untuk ditukarkan menjadi gula dan seterusnya akan ditukarkan kepada tenaga.

Diabetes berlaku pintu pagar sel-sel dalam tubuh kita tidak dapat dibuka oleh kuncinya iaitu insulin. Jadi, lama kelamaan gula tidak dapat digunakan spenuhnya untuk menghasilkan tenaga. Menyebabkan gula tersebut berkeliaran dalam salur darah kita yang menjadikan kandungan gula dalam daran menjadi banyak. Ianaya dinamakan DIABETES.

 

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.