Kebaikan Ibu Menyusu Dan Manfaat Susu Ibu Kepada Bayi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera…
Secara umum, ramai yang tahu susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kita. Disini momyMez nak kongsikan lebih mendalam sikit tentang apa kebaikan kepada ibu yang menyusu dan manfaat susu ibu kepada anak kita.

10 Kebaikan kepada Ibu yang Menyusu

  1. Mengurangkan risiko Osteoporosis
  2. Boleh mencegah Obesiti dan mengurangkan berat badan
  3. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  4. Mengurangkan risiko Kanser Rahim
  5. Boleh membantu untuk merancang keluarga
  6. Mengurangkan tekanan darah
  7. Mencegah dari risiko Kanser Payudara
  8. Pengecutan rahim lebih cepat
  9. Kurang pendarahan selepas bersalin
  10. Kurang risiko kanser ovari

12 MANFAAT SUSU IBU KEPADA BAYI

  1. Sistem imunisasi yang sangat baik kerana susu ibu mempunyai antibodi dan vaksin baik untuk bayi. Dapat mengurangkan risiko penyakit kanser pada zaman kanak-kanaknya.
  2. Mengurangkan alahan pada kulit
  3. Mengurangkan daripada mendapat jangkitan di sistem pernafasan seperti nafas berbunyi, pneumonia, dan selesema.
  4. Perkembangan otot lebih baik dan kurang mendapat penyakit mulut.
  5. Bayi lebih menerima pelbagai jenis makanan apabila bayi mula makan makanan pepejal. Bayi akan lebih seronok menikmati penyususan kerana susu ibu mempunyai rasa yang pelbagai berbanding susu formula yang mempunyai rasa yang sama.
  6. Sejenis kolestrol baik dan lemak dalam susu ibu membantu pertumbuhan saraf sekaligus boleh meningkatkan IQ bayi.
  7. Penglihatan bayi lebih tajam
  8. Kurang mendapat jangkitan telinga
  9. Tekak bayi akan kurang mendapat masalah tonsil
  10. Kurang mendapat jangkitan pada saluran kencing
  11. Kurang mendapat masalah sembelit
  12. Kandungan garam dan protein yang minimum membolehkan susu ibu mudah dicerna oleh buah pinggang bayi.
teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.