Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan

Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan || Bimbang si ibu apabila melihat si comel yang makin meningkat usia namun berat badannya masih ditakuk lama. Pelbagai hidangan cuba disajikan kepada si comel untuk menambah selera makannya namun si comel tetap menggeleng kepala setiap kali diajak makan nasi.

Bagi meningkatkan berat badan kanak-kanak, anda seharusnya menyajikan makanan-makanan yang kaya dengan unsur zink seperti:

Tiram

tiram

Hidangkan tiram secara kreatif, seperti memasak tiram bersama pasta atau sebagainya. Pilih pasta yang menawan hati si kecil agar dia makan dengan lebih banyak. Tambahkan juga sayuran bersama-sama.

Daging

daging

Kanak-kanak sememangnya lebih menggemari ayam berbanding daging. Apa kata cuba lagi daripada kebiasaan dan ajak si kecil bersama-sama masak di dapur. Mungkin resipi stik daging dapat menarik minat si kecil. Ditambah pula dengan kentang goring dan sayuran stim.

Ketam

ketam

Ketam juga tinggi kandungan zinknya oleh itu hidangkan pada si comel. Masakkan masakan kurang pedas seperti ketam masak mentega untuk menggalakkan si comel anda makan lebih banyak.

Kekacang seperti gajus dan badam

kekacang

Jadikan kekacang seperti badam dan gajus sebagai snek dalam menambah berat badan si comel.

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.