Masalah-masalah yang sering berlaku ketika bakal ibu mengandung

Assalamualaikum dan Salam sejahtera…

MomyMez percaya setiap ibu mengandung akan seringkali mengalami masalah seperti sakit pinggang, sembelit, kejang, rasa pening dan pitam, buasir, pedih hulu hati atau urat bersimpul (vena varikos).

Jangan risau, permasalahan diatas boleh dicegah sebelum ia terjadi, ia juga ada cara untuk merawat jika berlakunya permasalahan diatas. MomyMez nak kongsi sedikit maklumat tentang punca-punca masalah diatas, langkah pencegahan dan cara merawatnya.

1. Sakit Pinggang

Punca-puncanya

Tindakan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen (bekas gantian yang menghubungkan bahagian-bahagian badan; seperti tulang dengan tulang dan sebagainya) ada yang tegang, kerana gaya atau posisi tubuh yang tidak baik. Bahu yang tegang atau belakang dan otot-otot abdomen yang lemah berkemungkinan juga menyebabkan sakit belakang.

Langkah-langkah pencegahan

Kuatkan otot-otot anda dengan gerakan tulang punggung secara perlahan, renggangkan kaki dan bengkokkan lutut, ketatkan punggung dan halakan tulang punggung ke atas kemudia kebawah dengan gerakan yang perlahan. Tidurlah diatas tilam yang teguh, pusing tubuh ke sisi sebelum bangun. Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi kerana kasut yang semacam itu akan mengubah kedudukan pelvis atau tulang punggung, mempengaruhi kedudukan tubuh dan menyebabkan ketegangan.

Penawar

Jika sakit dibawah tulang-tulang bahu, cuba pakai coli yang lebih besar atau buka camgkuknya. Pusingkan bahu anda secara perlahan untuk mengurangkan ketegangan dan mengendurkan otot-otot di belakang. Jika sakit jauh ke bawah, terutama pada satu sisi, maka jagalah postur atau bentuk tubuh anda. Jika sakit di pelvis atau tulang punggung, cuba gunakan bengkung (gerdle) penyokong kehamilan jika terasa sangat sakit atau apabila anda terpaksa berdiri lama. Menggerak-gerakkan pelvis, atau tulang punggung boleh juga membantu sakit pinggang anda.

2. Sembelit

Punca-puncanya

Terdapat beberapa punca sembelit ketika hamil. Hormon yang melembutkan otot-otot usus yang menyebabkannya kurang cekap bekerja, pengambilan serat yang sangat sedikit dalam pemakanan, beberapa jenis pil zat besi dan rahim yang membesar menekan usus besar.

Langkah-langkah pencegahan

Tambahan pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti dengan memakan salad, buah-buahan, roti dan beras ceruh iaitu beras yang ditumbuk bersih hingga putih. Dengan meminum banyak air, yakni antara enam hingga lapan gelas sehari. Jangan tergesa-gesa ketika membuang air kecil atau besar dan elakkan daripada meneran.

Penawar

Makanlah sedikit buah-buahan sebelum tidur seperti buah kismis dan lain-lain. Letakkan kaki diatas baldi yang diterbalikkan dan renggangkan kaki ketika membuang najis. Kedudukan ini dapat mengelakkan daripada meneran yang boleh menyebabkan buasir. Jika usaha ini gagal ada baiknya segera menemui doktor.

3. Kejang

Punca-puncanya

Kerana peredaran darah yang kurang baik, kekurangan kalsium atau terlalu banyak fosforus boleh menyebabkan kejang betis atau kaki. Ia selalu bermula pada pertengahan tempoh kehamilan dan hilang pada bulan yang terakhir. Diet juga boleh menjadi penyebab utama.

Langkah-langkah pencegahan

Memperbaiki peredaran darah dengan cara bersenam dan mengutamakan makanan yang kaya dengan vitamin B, roti, beras ceruh, hati dan sebagainya. Kadangkala kalsium yang berlebihan boleh membantu, tetapi jika terlalu banyak minum susu mungkin terlalu banyak menyerap fosforus. Sederhanalah dalam mengamalkan pemakanan tersebut, dan kekejangan akan hilang dalam masa seminggu. Di dalam cuaca yang sangat panas, anda mungkin kekurangan garam, jadi makanlah sesuatu yang masin pada setiap petang.

Penawar

Tegangkan otot yang kejang pada betis atau kaki anda dengan menarik kaki perlahan-lahan ke arah lutut. Selalunya kekejangan berlaku kerana anda bangun dengan meluruskan kaki dan ibu jari. Biasanya menolak jauh tapak kaki anda ketika meluruskan kaki. Urut otot-otot tersebut dengan santai.

4. Pening dan Pitam

Punca-puncanya

Kerana berdiri lama, bilik yang terlalu panas, kekurangan udara, kurang darah, tekanan darah rendah. Semuanya boleh menyebabkan pening kepala, kadangkala membawa kepada pitam. Ini boleh berlaku pada bila-bila masa ketika hamil. Tetapi walaupun menyukarkan namun biasanya tidak meninggalkan apa-apa kesan terhadap bayi.

Langkah-langkah pencegahan

Pakailah baju yang tidak menyimpan hawa panas. Bawalah kipas tangan. Pindahkanlah berat tubuh dari satu kaki kepada kaki yang satu lagi, sekiranya terpaksa berdiri lama. Elakkan berbaring diatas belakang kerana berat rahim menekan salur-salur darah yang utama dan melambatkan pengembalian darah ke jantung. Sebaiknya, letakkanlah bantal di atas belakang anda. Bangun perlahan-lahan, kerana tekanan darah anda menjadi rendah apabila anda berkeadaan santai atau relaks.

Penawar

Apabila kepala anda terasa ringan, cuba tekan tapak kaki ke lantai dengan kuat. Atau baringlah dengan miring, di atas sisi sehingga rasa pening hilang.

5. Buasir

Punca-puncanya

Gumpalan yang menyakitkan itu, kadangkala terjulur keluar melalui dubur, sebenarnya adalah saluran darah tersimpul (vena varikos). Ia disebabkan oleh hormon dan tekanan daripada kepala bayi atau sembelit dan cirit-birit, tetapi biasanya ia hilang selepas kelahiran bayi.

Langkah-langkah pencegahan

Cuba jangan meneran ketika membuang najis. Perbaiki peredaran darah anda dengan melakukan senaman lantai. Ketatkan dan kendurkan otot-otot dicelah kaki anda secara kerap dan perlahan-lahan tanpa menggunakan otot-otot perut atau punggung. Kurangkan tekanan daripada rahim, dengan meninggikan paha anda diatas bantal, atau berlutut dengan dagu di atas lantai dan punggung diatas (dalam keadaan sujud) untuk beberapa ketika.

Penawar

Mungkin juga doktor anda telah mencadangkan krim yang boleh mengurangkan rasa sakit. Atau boleh juga anda lakukan dengan mengambil seulas bawang putih yang berkupas, kemudian letakkan di anus pada waktu malam. Untuk mengecutkan Vena yang bengkak bagi mendapatkan kelegaan sementara cuba basahkan bahagian yang sakit dengan ais. InsyaAllah rasa sakit anda akan berkurangan.

6. Pedih Hulu Hati

Punca-puncanya

Kerana hormon melembutkan pencerut yang menutup perut anda, membenarkan makanan separa hadam kembali ke gulet di mana asid-asid perut menyebabkan kesakitan. Setiap kali ini berlaku, kesakitannya seperti menitiskan air limau keatas jari yang luka. Tambahan pula apabila usia kehamilan meningkat, kedudukan dan saiz bayi turut menambahkan lagi tekanan keatas pencerut.

Langkah-langkah pencegahan

Apabila anda mula terasa terbakar di dada anda, cuba elakkan ia daripada terus melarat. Makanlah makanan secara kerap tetapi sedikit-sedikit, hindari daripada makanan yang berminyak dan kunyahlah makanan berulang-ulang kali. Minumlah susu sejuk selepas makan untuk meneutralkan asid perut dan hindarilah daripada berbaring lurus atau membengkokkan tubuh daripada pinggang, kerana ia meletakkan diatas injap jantung yang telah menjadi lembut.

Penawar

Tegakkan belakang anda di atas bantal ketika tidur untuk beberapa malam, atau tinggikan bahagian kepala katil, supaya bahagian yang yang pedih dapat pulih kembali. Gunakanlah kaedah-kaedah untuk menghindari daripada pendih hulu hati ini, kerana ia menyebabkan ibu yang sedang hamil merasa tidak selesa.

7. Urat Bersimpul (Vena Varikos)

Punca-puncanya

Hormon melembutkan pembuluh (Vena) di kaki dan faraj anda. Begitu juga bayi yang membesar dalam kandungan menambah tekanan ke atas Vena tersebut. Vena verikos cenderung menjadi lebih teruk selepas beberapa kehamilan. Satu jalinan salur darah yang berdekatan dengan kulit akhirnya bersimpul dan kelihatan berwarna biru, merupakan tanda-tanda berlakunya gejala ini.

Langkah-langkah pencegahan

Amalkan diet yang baik, makanlah makanan yang mengandungi banyak vitamin kemudian berjalanlah untuk memperbaiki peredaran darah anda. Ketatkan dan longgarkan lutut anda secara berselang seli ketika duduk. Pindahkan beban badan dari kaki kiri ke kaki kanan atau sebaliknya apabila anda terpaksa berdiri lama. Elakkan tekanan daripada pakaian yang ketat seperti pakaian jeans, stoking dan daripada menyilang kaki atau keting. Sebagai panduan umum, jangan berdiri sekiranya anda dapat duduk dan berbaringlah apabila berpeluang. Sekiranya berat badan anda berlebihan mintalah cadangan diet yang sesuai kepada doktor.

Penawar

Gunakanlah langkah-langkah penghindaran untuk menghentikan masalah anda. Β Naikkan kaki anda apabila berkesempatan. Untuk lebih baik lagi, tinggikan peha dan kaki diatas bantal. Vena verikos pada vulvu akan hilang selepas kelahiran bayi, sedangkan pada kaki ia akan bertambah baik apabila hormon berkurangan.

teratak

2 thoughts on “Masalah-masalah yang sering berlaku ketika bakal ibu mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.