Penting Untuk Tumbesaran Anak-Anak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mendapatkan nutrisi yang mencukupi. Dengan itu, si manja memerlukan makanan yang sihat dan seimbang untuk tumbesaran mereka.

Pemakanan Sumber Semula Jadi

Berikan anak-anak pelbagai makanan dalam satu masa supaya mereka dapat kalori, lemak, vitamin dan mineral yang cukup untuk tumbesaan mereka. Kalsium yang mencukupi juga penting, kanak-kanak memerlukan 800mg kalsium setiap hari dan untuk itu, berikan mereka makanan seperti susu, keju, dadih.

Selain itu, berikan anak-anak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk bekalan vitamin A & C, daging, kekacang dan bijirin untuk bekalkan zat besi, protein dan folat secukupnya yang diperlukan anak-anak.

Saiz Hidangan

Tambah saiz hidangan anak-anak mengikut usia anak anda. Sangat penting untuk memberikan hidangan yang sihat dan sesuai dengan keperluan mereka. Saiz hidangan atau kuantiti makanan yang biasa diberikan kepada mereka adalah 1/4 hingga 1/3 saiz hidangan orang dewasa. Jangan lupa sediakan snek sihat untuk kudapan anak-anak.

BagiΒ Anak Makan Teratur

Secara umumnya, kanak-kanak akan mendapat 30 peratus kalori daripada lemak, oleh itu mereka perlukan lemak secukupnya untuk tenaga mereka pada tahap yang tinggi. Saranan pemakanan sihat untuk kanak-kanak ialah 1000 sehingga 3000 kalori untuk yang berusia satu hingga tiga tahun. Mengikut paka pemakanan,kanak-kanak perlukan 16gm atau lebih protein setiap hari untuk tumbesaran.

Bergantung juga dengan saiz badan mereka, samada terlalu kurus atau berat badan berlebihan.

Pengambilan Vitamin

Kita perlu tahu tentang jumlah pengambilan vitamin dan mineral yang diperlukan anak-anak untuk memastikan perkembangan dan tumbesaan mereka pada tahap normal. Saranan pakar pemakanan, kanak-kanak perlu mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50mikrogram folat setiap hari.

Bahaya Kurang Khasiat

Kanak-kanak mungkin akan berisiko untuk dapat masalah kesihatan apabila keperluan nutrisi hariannya tidak dipenuhi. Mudah mendapat anemia sekiranya kurang zat besi dalam badan dan gangguan deria dalam badan bila kekurangan zink menyebabkan mereka kurang selera makan.

 

INGAT, rutin pemakanan yang baik dan makanan yang sihat membantu perkembangan dan tumbesaran anak-anak yang sihat!

 

Klik disini untuk mengetahui nutrisi yang menjadi pilihan momYmez sendiri dan ibu bapa yang lain untuk anak-anak tersayang.

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.