Penyususan Pertama Untuk Si Comel Anda

Apabila sedang mendukung bayi dengan tenang dan erat, kita akan merasakan kehangatan tubuh dan degupan jantung bayi tersebut. Secara lazimnya, ketika sentuhan kulit ke kulit penyususan pertama akan berlaku secara spontan. Jika anda tidak dapat melakukan seperti itu. Anda boleh melakukan sedikit galakan untuk meransang pengeluaran susu dengan lebih baik seperti berikut.

1. Bertenang

Anda perlu bertenang. Jika perlu, tarik nafas panjang untuk menenangkan anda. Sekiranya bayi anda sedang menangis, pastikan anda mengambil masa untuk menenangkannya dahulu.

2. Posisi yang betul

Anda mesti pangku bayi dalam posisi yang betul supaya anda dan bayi selesa ketika penyusuan.

3. Perlahan-lahan

Lakukan secara perlahan-lahan, sentuhkan dahulu bibir bayi dengan puting anda.

4. Tunggu

Tunggu sehingga mulut bayi anda terbuka luas sebelum anda membiarkan bayi anda memasukkan payu dara ke dalam mulutnya.

5. Jangan Bimbang

Jangan bimbang sekiranya penyusuan yang pertama tidak berjalan dengan lancar. Anda dan bayi akan berjaya untuk kali kedua kerana anda telah memperkenalkan payu dara anda kepada bayi pada penyususan pertama tadi.

6. Mengakhiri Penyusuan

Jangan berhentikan penyusuan. Biarkan bayi anda menyusu tanpa gangguan sehingga dia berhenti sendiri atau tertidur. Dan penting sekali jangan lupa sendawakan bayi anda.

 

Syabas kerana berjaya memberi bayi anda penyususan pertamanya. Apabila anda meneruskan penyusuan, anda akan dapati bahawa penyusuan susu ibu  adalah pengalaman yang indah dan tidak ternilai dimiliki bersama. Pada saat-saat inilah penting untuk anda memastikan keyakinan diri untuk boleh menyusukan bayi dengan selesa dan betul. Jangan berputus asa dalam penyusuan bayi anda. Teruskan usaha anda. Semoga berjaya.

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge