Perjalanan Seketika

 

Seronoknya hari ini dapat makan makanan kenduri yang sedap mengenyangkan. Anak-anak juga seronok bermain bila jumpa sepupu mereka. 
Luangkan masa bersama keluarga sesuatu yang berharga dan tidak ternilai. Ada masanya kita perlukan suasana luar untuk perkembangan otak anak-anak termasuk kita juga orang dewasa..hehe..

Anak-anak suka makan kek terutama anak sulung momyMez. Jadi, semalam dan hari ini dapatlah makan kek sakan. Semalam dengan persiapan kenduri kahwin keluarga, dapat merasa makan kek yang turut disediakan waktu makan malam. Hari ini makan kek juga, waktu kenduri dah berjalan.

Pagi tadi sarapan disediakan untuk keluarga yang ada datang awal sebelum majlis hari ini iaitu semalam. Lepas sarapan tadi, maka bersiaplah pula untuk menghadirkan diri ke majlis kahwin keluarga tadi. Kerisauan untuk masalah kegemukan setelah makan sakan tu memang tiada bila ada penyelesaiannya😊

Makan sakan lah kerja kami dari semalam sehingga ke hari ini. Rezeki. Alhamdullilah dapat makan makanan dihidang panas-panas sepanjang kedatangan kami 😙. Haruslah makan pun bertambah pengisian pinggannya..hihihi

Rezeki itu luas..bukan sahaja rezeki harta benda tetapi juga kesihatan, masa, kebahagian juga merupakan rezeki nikmat dari Allah. Ucapkanlah Ahamdullilah bersyukur atas nikmat rezeki yang diberikan.

Nikmati hujung minggu anda dengan keluarga tersayang. Assalamualaikum.

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.