Perkara Ibu Bapa Perlu Lakukan Sebelum Memilih Taska

Keselamatan, pembelajaran dan persekitaran yang menarik lazimnya menjadi fokus utama setiap ibu bapa dalam memilih taska untuk anak meletakkan anak mereka pada waktu mereka berkerja. Selain itu, penjagaan kesihatan anak juga perlu diambil kira. Bayangkan anda tidak boleh bercuti disebabkan desakan komitmen kerja sedangkan anak anda tidak sihat seperti demam.

Jadi, haruslah kita sebagai ibu bapa menitik beratkan hal anak-anak kita dari segi apa pun. Memilih taska yang baik untuk anak-anak adalah sesuatu yang membantu kita dan anak kita sendiri dalam pelbagai aspek.

Tindakan Anda Sebelum Memilih Taska

  1. Berjumpa sendiri dengan pengusaha taska dan juga penjaga.
  2. Membuat kajian sendiri untuk mengetahui serba sedikit akan tempat tersebut.
  3. Bertanya dan mengambil testimonial daripada mereka yang pernah menghantar anak ke taska tersebut.
  4. Melihat sendiri cara penjagaan yang diamalkan di taska tersebut.
  5. Meneliti program yang ditawarkan di taska tersebut.
  6. Menjalin hubungan baik dengan pemilik dan penjaga taska.
teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.