Petua Kurus Secara Sihat

Tidak kira umur atau status seseorang itu, pastinya mampu untuk menjadi kurus. Apa yang penting ialah disiplin dan konsisten dalam pemakanan seharian dan aktiviti sihat seperti bersenam.

Artikel kali ini, moyMez mahu kongsikan beberapa petua untuk kurus secara sihat


PENGAMBILAN AIR KOSONG

Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari. Pengambilan air kosong dapat mengurangkan nafsu makan kita secara semulajadi dan bantu memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh kita.

JAUHI MINUMAN BERGAS

Seperti yang kita tahu, minuman bergas ini tidak bagus untuk kesihatan. Minuman bergas biasanya mengandungi gula yang tinggi, iaitu 7-8 sudu gula dan sememangnya tidak baik untuk kesihatan dan menyukarkan penurunan berat badan.

MESTI BERSARAPAN

Jangan tinggalkan sarapan pagi, ini kerana pengambilan sarapan pagi membantu menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Ianya juga mampu meningkatkan metabolisme untuk membakar kalori.

JANGAN BERLAPAR

Bila kita berlapar kemudian tidak tahan, biasanya kita akan makan lebih banyak. Makanan berikan tenaga kepada tubuh badan kita dan bila kita menggunakan tenaga dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut.

Ini menyebabkan tubuh akan mula membakar otot (muscle) untuk menggantikan makanan, menjadikan kadar metabolisma menjadi rendah. Kadar metabolisma rendah tidak mampu membakar kalori pada tahap yang sepatutnya.

 

KUNYAH MAKANAN

Sebelum menelan makanan yangnkita makan,, kunyahlah makanan tersebut menjadi cebisan yang lebih kecil supaya makanan yang kita makan akan mudah dihadam dan mengelakkan kita makan berlebihan atau banyak.


KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanan seharian kita akan menjadikan badan kita menangkung sedikit air yang mana ianya akan mengurangkan berat kita yang disebabkan air (gemuk air). 

Ini kerana pengambilan garam yang tinggi akan menggalakkan penakungan air yang menyebabkan kegemukan dan menyukarkan kita menurunkan berat badan.


JANGAN GELOJOH MAKAN

Elakkan makan dengan gopoh untuk cepat selesai makan. Tidak perlu makan dengan cepat sebaliknya makanlah secara perlahan-lahan dan makan kerap dengan kuantiti yang sedikit. Bila kita makan secara perlahan-lahan dan kemudian makan kerap dengan kuantiti yang sikit.
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Jom kurus secara sihat.


teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.