Petua Turunkan Berat Badan Ibu Menyusu

Kebanyakan wanita mempunyai keinginan untuk mengembalikan berat badan kepada pra-kehamilan iaitu berat badan sebelum hamil selepas melahirkan bayi. Walau bagaimanapun, banyak halangan atau perkara yang boleh membuatkan diri cepat berputus asa untuk menunaikan hasrat tersebut.

Dan, salah satu halangan yang agak mencabar untuk mengurangkan berat badan adalah ibu yang sedang menyusukan bayinya.

Memang benar kata orang ,ibu menyusukan bayi dapt bantu turunkan berat badan, kerana ianya dapat membakar kalori dan akan lebih membantu apabila mengamalkan pemakanan seimbang. Sebagai ibu menyusu, perlulah lebih berhati-hati dengan pemilihan makanan untuk elakkan masalah susu badan semakin berkurangan ketika sedang menurunkan berat badan dan untuk elakkan berat badan naik secara mendadak ketika bayi bercerai susu badan nanti.

 

Turunkan Berat Badan Tanpa Menggangu Penyusuan

 

Elakkan Tekanan

Jangan biarkan diri kita tertekan, ini akan menjejaskan penghasilan susu ibu. Susu ibu akan banyak dihasilkan apabila kita berada dalam keadaan ‘happy’ tenang, bila ada tekanan ianya akan menyukarkan penurunan berat badan.

 

Tidur Yang Mencukupi

Kebanyakan ibu selepas bersalin akan mempunyai masalah kurang tidur. Tapi kita boleh berusaha memahami masa bersesuaian untuk kita dapatkan tidur yang mencukupi. Contohnya, ibu kerap bangun setiap jam pada tengah malam, mungkin bayi tidak kenyang menyebabkannya tidak dapat tidur lena. Jadi, boleh usahakan untuk berikan susu yang berkualiti untuk si bayi,  dengan pengambilan suplemen yang selamat dan berkesan untuk memabntu memperbanyakan dan memekatkan susu ibu.

 

Senaman

Lakukan senaman yang ringan buat ibu yang masih berpantang, erjalan,bangun, gerakkan tangan kaki etc. Selepas tempoh berpantang, bolehlah untuk jogging, berbasikal, berjalan kaki, yoga atau ke gym.

 

Minum Air

Banyakkan minum, air kosong sebaiknya 3 liter sehari. Kiraan pengambilan air adalah lebih kurang 25kg = 1liter. Untuk memastikan pengambilan air cukup, sediakan botol 3 liter untuk mudah kita nak ambil dan mungkin boleh tulis pada botol pengambilan air kosong setiap jam berapa untuk kita berdisiplin minum air mencukupi.

 

Menyusukan Bayi

Sentiasa memastikan bayi menyusu ikut waktu, menyusukannya setiap 2-3 jam. Ini bantu membakar kalori dan membantu menghasilkan susu ibu yang baru.

 

Makanan Seimbang Dan Berkhasiat

Ibu perlu menjaga pemakanan untuk kesihatan ibu sendiri dan bayi. Pemakanan seimbang dan berkhasiat sangat diperlukan untuk bantu turunkan berat badan dan hasilkan susu ibu yang berkualiti. Jangan lupa, pengambilan suplemen juga penting, tapi pastikan ianya suplemen yang selamat, berkesan dan semulajadi.

 

Pantau Berat Badan

Sila pantau berat badan untuk kita ketahui perkembangan berat badan kita. Samada ada penurunan, masih tiada perubahan atau berat badan naik. Tapi bukan lakukannya hari-hari ya.

 

Semoga bermanfaat buat semua ibu-ibu yang nak berat ideal.

 

 

teratak

7 thoughts on “Petua Turunkan Berat Badan Ibu Menyusu

  1. Kakda says:

    Hat tu yang best bila menyusukan anak. Senang je nak turun. Kalau ikut pengalaman kakda, masa berpantang anak sulung, tak makan Supplemen pun boleh kurus.

    Tapi bila kita makin berusia, susukan anak pun kadang susah nak turun. Masa ni lah kakda start cari solution dengan mengamalkan beberapa supplemen seperti ESP, Omega dan Alfalfa.

    Alhamdulillah anak 4 masih mampu maintain berat sama macam sebelum Kahwin dulu.hee..
    Kakda recently posted…Biskut Raya Kedua Jadi Mangsa Si Kembar – Walau Murah Tapi Sedap!My Profile

  2. Wahidah Haron says:

    InsyaAllah hujung bulan depan bersalin anak ketiga & akan lalui BF journey sekali lagi. Harap sangat dapat turun sampai berat ideal, sebab berat sebelum pregnant pun dah obese

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge