Punca-Punca Terjadinya Jeragat Di Wajah Tanpa Kita Sedari

Jeragat adalah salah satu masalah kulit yang sering berlaku samada wanita mahupun lelaki pada usia 40 tahun keatas. Akan tetapi ada juga yang seawal usia 20 tahun sudah ada jeragat berpunca dari keadaan semasa dan cara penjagaan kulit. Masalah jeragat yang timbul pada wajah anda adalah seperti satu ‘kecacatan’ yang kebiasaannya para wanita akan rasa rimas dan boleh menjatuhkan keyakinan diri seseorang.

Pernah tak anda ambil tahu apa punca terjadinya jeragat sebelum anda menggunakan pelbagai produk untuk menghilangkannya?

Jom kita tengok antara punca terjadinya jeragat yang perlu anda tahu.

Punca Jeragat #1 > Matahari

Sinar matahari mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit. UV B merosakkan sel bawah kulit dan UV B pula sel luar kulit. Jadi, untuk hilangkan jeragat, punca utama jeragat ini mesti diatasi. Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi atau jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit

Punca Jeragat #2 > Kehamilan

Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu. Jadi, ibu mengandung dasarankan untk mengambil nutrisi yang cukup untuk memastikan kulit sentiasa sihat.

Masalah yang biasa ialah kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat. Pada sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga terus mengalami jeragat.

Punca Jeragat #3 > Rawatan Hormon

Kajian menunjukkan rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon estrogen atau progesteron, pertukaran hormon, implan banyak mengalami masalah jeragat. Punca jeragat ini menyebabkan hormon menjadi tidak stabil.

Punca Jeragat #4 > Ubat- ubatan

Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi ‘side effect’ juga boleh menjadi punca jeragat yang jarang kita sedar.

Punca Jeragat #5 > Wangian / Kosmetik

Pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic‘ juga adalah diantara punca terjadinya jeragat. Oleh dicadangkan untuk memilih produk atau ubat yang lebih natural seperti suplemen.

Punca Jeragat #6 > Hypothyroidism

Ia juga dikenali sebagai keadaan dimana paras hormon tiroid rendah.

 

Apa Yang Paling Penting Untuk Elak Jeragat?

Semua punca jeragat di atas menyebabkan sistem pertahanan kulit menjadi lemah.

Punca- punca dalaman ini akan menyerang sel- sel kulit dan menyebabkan radang. Sel kulit rosak dan banyak yang mati. Sel yang mati ini kemudiannya menjadi gelap dan susah untuk dicerahkan semula.

Baca tentang 8 Kaedah Mengatasi Masalah Kulit Jeragat Dengan Mudah Dan Semulajadi.

 

teratak

6 thoughts on “Punca-Punca Terjadinya Jeragat Di Wajah Tanpa Kita Sedari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.