Resepi Ayam Cornflakes

Resepi ni sekadar perkongsian untuk kita.. Boleh diubah suai mengikut cita rasa masing-masing.Β πŸ˜€

Ayam Cornflakes

Saiz hidangan ini adalah untuk 2 orang.

Bahan-bahan :

  • 1 Keping dada ayam
  • 50g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar air
  • cornflake tanpa perisa secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

 

Bahan perapan :

 

  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil rempah kari

Cara-carannya :

  1. Bersihkan dan potong ayam kecil-kecil. Kemudian, perapkan dengan bahan perap selama lebih kurang 10 minit.
  2. Masukkan cornflakes ke dalam beg plastik. Ramas biar kasar-kasar. Kemudian, masullan tepung, telur dan air ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati.
  3. Masukkan kepingan ayam satu persatu ke dalam adunan tepung tadi. Kemudian, letak kepingan ayam ke dalam beg plastik yang berisi cornflakes tadi. Tutup rapat dan goncangkan plastik berisi cornflakes dan kepingan ayam tadi dan goncangkan biar cornflakes bersalut rata pada ayam.
  4. Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan atau ayam masak.

 

*Boleh dimakan dengan sos pilihan masing-masing. Sedap dimakan panas-panas.

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.