Resepi Ringkas Tempe Ubi Kayu Masak Lemak

Assalamualaikum, hari ini momyMez nak berkongsi resepi ringkas yang rasanya semua biasa masak. Makan dengan nasi panas-panas memang nikmat sekali. Resepi ringkas seperti dibawah..

 

BAHAN-BAHAN :

  1. 3 keping tempe dihiris nipis
  2. 100gm pucuk ubi kayu direbus
  3. 500ml santan
  4. 50gm ikan bilis**
  5. 3 biji bawang besar**
  6. 3 ulas bawang putih**
  7. Garam secukup rasa
  8. Air secukupnya

(Bahan bertanda ** adalah bahan yang perlu dikisar bersama)

 

CARA MEMASAK :

Pertama, didihkan air dan masukkan bahan kisar.

Kedua, masukkan pula tempe yang dihiris nipis.

Ketiga, masukkan pucuk ubi yang telah siap diebus.

Keempat, perasakan dengan garam secukup rasa.

Kelima, Tuangkan santan, kacau dan biarkan mendidih. Kemudian angkat.

Siap untuk dihidangkan. Mudah kan… Selamat memasak!

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.