Resepi Telur Goreng Cencaluk Mayonis

Kali ni momyMez nak kongsikan resepi mudah dan sedap..antara salah satu makanan kesukaan juga ni. Siapa suka cencaluk memang akan suka makan ni.

Telur goreng cencaluk mayonis yang sedap dan mudah disediakan.

Mula-mula kita sediakan bahan-bahannya dulu.

Bahan-Bahan:

  • 3 Biji telur
  • 2 Sudu besar cencaluk
  • 1 Sudu besar mayonis
  • 1 Biji lada merah
  • 1 Tangkai daun bawang
  • 1/2 Biji limau nipis (ambil jusnya sahaja)
  • 1/2 Biji bawang besar

 

Kemudian, kita teruskan penyediaannya pula.

Cara-Cara Memasak:

  1. Daun bawang, bawang beasr dan lada merah dihiris halus.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, kemudian masukkan kesemua bahan-bahan tadi kecuali minyak kemudian kacaukannya.
  3. Pansakan minyak terlebih dahulu, kemudian masukkan telur tadi ke dalam kuali. Masak ia dengan api yang sederhana.
  4. Apabila permukaan telur kering, terbalikkan telur ke permukaan yang satu lagi.
  5. Siap. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Nyummm!! Sedappp ni..

 

Selamat mencuba.

 

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.