Sembelit Ibu Berpantang

Secara umumnya, 1 dari 5 orang ibu bersalin mengalami masalah sembelit. Agak normal sekiranya ibu tidak membuang air besar untuk 2-3 hari pertama selepas bersalin.

Mungkin disebabkan ibu bersalin tidak selesa menggnaoqn tandas di hospital ataupun risau takut luka jahitan terbuka.

 

Mengapa Sembelit Ketika Berpantang?

Masalah sembelit mungkin berlaku disebabkan :

Jumlah progesteron yang tinggi mungkin sedikit sebanyak telah menyebabkan sembelit.Sistem pencernaan ibu berfungsi dengan lebih perlahan selepas proses kelahiran.

Ubat yang diberi untuk melegakan sakit ketika proses kelahiran, seperti petidina, boleh menyebabkan usus ibu berfungsi lebih perlahan dari biasa.

 

Perlu kita tahu, bahawa masalah membuang air besar akan menjadi sukar apabila ibu melahirkan dengan menggunakan bantuan seperti forseps atau pernah melahirkan bayi sebelum ini.

 

Selain itu, mungkin disebabkan ibu mengambil pil zat besi atau ubat anti-depresi. Kedua-duanya boleh menyebabkan sembelit. Atau, ibu mendapat jahitan sebab luka, ataupun episiotomi.

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.