Set Kesihatan Lelaki Shaklee

Set kesihatan lelaki Shaklee adalah cadangan kombinasi supplemen / vitamin khas untuk kaum lelaki yang berumur 13 tahun keatas.

Kenapa perlu supplemen untuk lelaki ini?

Sekuat dan sehebat mana pun orang lelaki, mereka juga manusia yang tak lari dari penuaan, penyakit, kurang stamina dan pelbagai lagi masalah. Jadi, mereka juga memerlukan penjagaan kesihatan.

Ini adalah kombinasi supplemen yang dicadangkan dalam set kesihatan lelaki:

  1. OmegaGuard
  2. Vita-E Complex
  3. Vita-Lea Iron Formula

Apa manfaatnya?

1) OmegaGuard

  • OmegaGuard atau minyak ikan mempunyai banyak manfaat khusus terhadap lelaki.
  • Memelihara kesihatan jantung dan kardiovaskualar. OmegaGuard dapat mengurangkan radang atau inflamasi diseluruh tubuh yang biasanya berlaku disekitar salur darah dan jantung. Menurut kajian, pengambilan 2 atau 3 hidangan omega setiap minggu mampu mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 1/3.
  • Menurunkan paras trigliserida. Pengambilan omega yang konsisten mampu menurunkan paras trigliserida sebanyak 20-50%. Selain itu ia juga mampu meningkatkan kolesterol baik (HDL) yang membantu memelihara kesihatan jantung
  • Meningkatkan kesihatan mental. Menurut kajian, lelaki sebenarnya lebih ramai mengalami tekanan perasaan berbanding wanita! Bezanya, lelaki menangani depresi dengan cara yang berbeza. Apabila lelaki bersedih, mengelami depresi, situasi tersebut akan menyebabkan paras DHA dan EPA menjadi rendah dan ini boleh menggangu fungsi otak. Disinilah OmegaGuard memainkan peranan. Pengambilan OmegaGuard bersama ubat anti depresi mampu membantu kesihatan pesakit ini.
  • Mengurangkan simptom athritis. Semakin kita berusia, kita mudah mendapat sakit sendi atau radang sendi. Pengambilan omega mampu membantu mengurangkan radang sendi secara signifikan.

2) Vita-E Complex

  • Vita-E Complex membekal 400IU dalam setiap kapsul untuk kesihatan lelaki.
  • Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang baik dalam menangani radikal bebas yang merosakkan sel. Antara fungsi terbaik vitamin E ialah meningkatkan sistem imunisasi lelaki. Dengan pengambilan vitamin E pada kadar yang sesuai, ianya mampu meningkatkan kadar daya ketahanan tubuh dari diserang penyakit.
  • Meningkatkan kesihatan jantung. Pengambilan vitamin E secara berterusan mampu meningkatkan kesihatan jantung, pengaliran darah yang lebih baik dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Mengurangkan radikal bebas. Kaum lelaki suka bersenam kan? Ianya bagus untuk kesihatan tetapi pada masa yang sama meningkatkan kehadiran radikal bebas. Apabila kita bersenam, badan melepaskan produk sampingan yang bertoksik hasil daripada metabolisma tubuh. Radikal bebas ini boleh menyerang dan merosakkan sel. Jadi, pengambilan vitamin E adalah sangat penting dalam menyingkirkan kesemua radikal bebas ini.
  • Meningkatkan kesuburan lelaki. Radikal bebas mampu merosakkan sel termasuk sel sperma. Menurut kajian, pengambilan Vita-E Complex mampu meningkatkan kesihatan sel sperma dan sekaligus memperbaiki tahap kesuburan lelaki.

3)Β Vita-Lea Iron Formula

  • Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh.
  • Menambah tenaga dan pelengkap nutrisi harian.
  • Menyokong jangka hayat jantung, hati, usus dan kesihatan mata.
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
  • Memberikan perlindungan terhadap kerosakan sel akibat serangan radikal bebas.

 

 

 

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge