Bismillah

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,

Nama saya Nur Mezra, ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2013 yang diperkenalkan oleh rakan sekolah saya iaitu Julia Justin. Masih saya ingat produk pertama saya gunakan ialah Kombinasi Supplemen Yang Disarankan Untuk Ibu Mengandung dimana ketika itu saya mengandung anak pertama Saya iaitu Maisya Zulaikha. Alhamdulillah, Saya berpuashati dengan dengan kesan mengambil produk Shaklee. Saya sihat dan bertenaga sepanjang saya mengandung dan tambahan ketika itu saya masih bekerja sepenuh masa. Saya teruskan mengambil produk Shaklee Kombinasi Supplemen untuk Ibu Menyusu. Alhamdulillah, susu keluar dengan banyak dan cukup untuk anak saya sepanjang 2 tahun menyusu. Saya juga menggunakan produk Shaklee untuk anak saya yang kedua iaitu Muaz Zulkarnain.

Sehingga kini, Saya masih aktif menggunakan produk Shaklee untuk kegunaan harian dan saya merupakan pengguna yang sangat berpuashati diantara berjuta-juta pengguna yang lain diseluruh dunia.

Saya mula berdaftar sebagai Ahli Shaklee selepas saya berpuashati dengan produk Kombinasi Supplemen Yang Disarankan Untuk Ibu Mengandung. Pendaftaran saya sebagai ahli Shaklee pada mulanya hanya bertujuan untuk menggunakan produk Shaklee untuk kegunaan sendiri sahaja. Setelah saya melihat kebaikan produk Shaklee dan atas dasar ingin berkongsi kebaikan produk Shaklee, saya mula memperkenalkan produk Shaklee pada rakan-rakan dan saudara mara terdekat. Sambutan mereka amat menggalakkan. Kini, Saya dapat lihat bagaimana Shaklee bole membantu Saya dari segi kesihatan dan juga kewangan.

Sertai saya untuk memulakan kehidupan yang lebih sihat dan sempurna.

Nur Mezra

Distributor ID No.: 1146468

Bandar Baru Bangi, selangor