Tip Dan Nasihat Menghadapi Banjir

Kebiasaannya dihujung-hujung tahun ni di negara kita akan mengalami musim tengkujuh dan akan ada beberapa kawasan yang akan mengalami banjir. Apa perlu buat jika kawasan rumah kita mengalami banjir. Anda sebagai ketua keluarga harus ketahui apa perlu buat agar keselamatan keluarga terjamin. Berikut adalah beberapa tip dan nasihat yang boleh diguna ketika menghadapi banjir:

Apabila Berlaku Banjir

  • Segera berpindah (ke pusat pemindahan / rumah saudara lain / tempat yang lebih tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa
  • Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan
  • Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi sebelum berpindah
  • Jangan memandu atau mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras
  • Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda.
  • Awasi kanak-kanak supaya jangan biarkan mereka bermain dikawasan banjir, bimbang dihanyutkan air deras.
  • Jangan makan makanan yang telah dicemari dengan air banjir kerana boleh menyebabkan keracunan.

Semasa Di Pusat Pemindahan

  • Segera berdaftar dengan pihak berwajib bilangan ahli keluarga yang berada di pusat.
  • Memberi kerjasama kepada petugas serta menjaga kebersihan tempat tinggal, tandas dan kawasan sekitar.
  • Simpan barangan berharga di tempat selamat dan dokumen pengenalan diri agar tidak berlaku kehilangan.
  • Libatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan oleh petugas.

Selepas Banjir

  • Periksa rumah anda dan lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ia mungkin tidak selamat.
  • Pakai kasut atau selipar semasa memasuki rumah.
  • Periksa tanda-tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa yang berbahaya.
  • Periksa paip saluran air atau gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar dan perkakasan elektrik yang terendam air.
  • Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuklah makanan dalam tin.
  • Periksa sebarang kerosakan tangki septic untuk mengelakkan bahaya biologi.

Siapa yang patut dihubungi jika berlaku kecemasan atau perlukan bantuan?

Hubungi 999 untuk – Polis, Hospital, Pertahanan Awam dan Majlis Keselamatan Negara

Atau Majlis Keselamatan Negara : 03-8064 2400 (24 Jam)

 

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge