Tips Elak Sembelit Ibu Bersalin

Kebiasaanya ibu selepas bersalin akan kena sembelit. Sembelit ni bukan hal yang mudah untuk dilalui. Emosi juga akan terganggu. Dan tak elok untuk kesihatan ibu. Sakitnya sembelit ketika berpantang tu sangat menyeksakan. Sebagai seorang ibu, momyMez juga pernah mengalami masalah sembelit. Sakit dan seksanya tidak dapat digambarkan.

Disini momyMez akan berikan beberapa tips untuk kita elak sembelit selepas bersalin nanti.

 

 Makan & Minum

Sebaik melahirkan, sebaiknya kita makan dan minum dengan kerap. Cuba makan dan minum makanan minuman yang berserat tinggi terutamanya pengambilan buah-buahan. Cecair dalam badan kita akan membantu melembutkan najis dan memudahkan kita untuk membuang. Kita boleh ternyahhidrat tanpa disedari ketika berada di hospital kerana atmosferanya yang kering.

 

Penyusuan Susu Ibu

Selepas melahirkan, ibu pastinya akan berasa letih dan kurang bertenaga setelah melalui proses melahirkan bayi tapi masih perlu memberikan bayi susu ibu. Apabila menyusui bayi, pastinya ia akan membeutakan kita dahaga. Elakkan dari malas untuk meminum air, untuk elak badan kita dari ternyahhidrat yang akan menyumbang kepada masalah sembelit.

 

 Pergerakan

Elakkan diri kita dari perasaan ingin berehat tanpa membuat apa-apa pergerakan, tapi bukan bermaksud melakukan pergerakan yang besar. Cukuplah sekadar pergerakan kecil seperti bangun dari katil dan berjalan seketika tetapi kerap dan sederhana. Ini kerana duduk dan berbaring untuk jangaka masa yang lama akan membuatkan sembelit semakin teruk.

 

Tuala Wanita

Selepas melahirkan, pasti kita akan merasa sakit dah kurang selesa dibahagian perineum kita yang membuatkan kita takut nak membuang air besar dan lebih rela untuk menahan daripada membuang air besar. Jangan tahan apabila rasa hendak membuang itu datang kerana inilah yang mengundang sembelit kepada kita. Sebaiknya, lipat sekeping tuala wainta bersih menjadi dua, letak dan pegang berhampiran perineum kita atau melitupi jahitan dari arah hadapan. Ini membantu kita untuk lebih yakin tanpa perasaan takut bahawa jahitan kita tidak akan terbuka dan melegakan kesakitan. Tekanan lembut pada perineum bantu meransang refleks peningkatan ton otot dalam dubur kita dan membuatkan kita lebih mudah untuk membuang air besar.

Posisi Diri

Jangan abaikan bila diri kita rasa hendak membuang hanya kerana takut luka jahitan kita yang masih baru dan belum kering. Menahan diri daripada membuang air besar akan menyebabkan kita mendapat sembelit. Pastikan posisi kita ketika membuang air besar dalah paling mirip dengan mencangkung. Apabila duduk, jengketkan kaki supaya lebih tinggi daripada paha kita. Kalau boleh, letakkan bangku rendah untuk tempat meletakkan kaki kita tu. Nak lebih tinggi dan selesa, jengketkan kaki dan siku kita diletakkan diatas lutut. Seterusnya, bongkokkan badan kita kemudian duduk dengan tegak beberpa kali untuk menggerakkan otot perut kita.

 

 

 

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.