Tip Menyusukan Guna ‘Carrier’

Carrier @ penggendong dan penyusuan amat serasi bersama kerana ini dapat memudahkan ibu menyusukan bayi apabila dibawa keluar bersama. Disini ada sedikit tip untuk momyMez kongsikan kepada semua. Terdapat 4 tip ringkas untuk kita, iaitu :

Pakaian sesuai

Pastikan anda memilih pakaian yang sesuai agar mudah dan selesa apabila menyusukan anak. Baju berpotongan rendah dan berbutang mungkin sesuai. Selain itu, baju penyusuan khas sangat bagus untuk membantu anda apabila memerlukan anda menolak ke sisi.

Berlatih dirumah

Lakukan latihan dirumah dan belajar asas sebelum keluar membawa bayi bersama. Berlatih dihadapan cermin dan cari bagaimana cara membuatkan anda dan bayi selesa ketika seisi penyusuan.

Jangan Putus Asa

Teruskan! Mugkin anda tidak serasi dengan satu jenis ‘carrier’. Banyak saja jenis ‘carrier’ yang boleh anda cari dan kebanyakkannya berkesan untuk digunakan ketika menyusukan bayi.

Naluri Ibu

Yang paling penting, guna naluri anda. Pastikan ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan mengenakan penggendong yang selamat dan selesa. Sekiranya tidak selesa walaupun sudah cuba beberapa kali untuk membetulkan keadaan penggendong yang digunakan. Jangan teruskan! Sangat penting adalah keselamatan bayi anda. Keluarkan bayi dari penggendong dan menyusukannya seperti biasa. Lebih baik menyusukan bayi ditempat yang tertutup tanpa gangguan.

 

Keselamatan bayi adalah keutamaan anda. Teruskan usaha anda untuk memberikan susu ibu kepada bayi anda. Sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan dan seeloknya sehingga bayi berusia 2 tahun.

Untuk info lanjut berkaitan penyusuan ibu yang berjaya. Boleh hubungi momyMez di 013-899 4478. InshaAllah momymez bantu mana yang mampu untuk menjayakan usaha menyusukan bayi anda dengan susu ibu.

Ingat..susu ibu lebih banyak khasiat berbanding susu formula.

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.