Tip Penggunaan Puting Kosong Untuk Bayi Anda

Penggunaan puting kosong menjadi pilihan ibubapa untuk menenangkan bayi yang sedang menangis dan memudahkan bayi untuk tidur. Namun begitu bagi ibubapa yang menggunakan puting kosong perlu menerapkan ciri-ciri keselamatan berikut kerana bimbang anak- anak akan terikat terlalu lama sehingga tidak mahu berpisah dengan puting kosong selain bimbang struktur gigi si kecil akan rosak sekiranya terlalu lama bergantung dengan puting kosong.

Berikut ada beberapa tip keselamatan untuk si comel anda menggunakan puting kosong:

1) GUNAKAN PUTING YANG BERSIH.

Dalam memastikan kebersihan yang maksimum, anda perlu sterile atau rebus puting kosong sama seperti puting botol. Apatah lagi puting kosong kerap digunakan bayi anda.

2) TUKAR PUTING SECARA KERAP.

Sebaiknya anda menggantikan puting kosong secara kerap. Disamping itu pastikan puting tidak mempunyai kesan retak,pecah atau berhubung,yang boleh menjadi punca kuman merebak.Sekiranya berlaku gantikan dengan puting baru secepat mungkin.

3)HADKAN PENGGUNAAN.

Seharusnya hadkan penggunaan puting kosong pada masa tertentu sahaja umpamanya ketika bayi anda diserang kulit atau hanya untuk menenangkannya. Bimbang sekiranya penggunaan puting kosong untuk jangkamasa yang panjang akan mengakibatkan infeksi kepada telinga.

4) BERI APABILA PERLU

Sebagai langkah berjaga-jaga, Cuba beri puting kosong apabila bayi anda memerlukan puting kosong sahaja. Jangan biarkan anak anda terlalu bergantung kepadanya bimbang timbul kesihatan sekiranya mahu diceraikan dengan puting kelak.

5) CERAIKAN APABILA TIBA MASA.

Cuba pisahkan anak anda daripada puting kosong kesayangannya sebaik- baiknya sebelum usia satu tahun. Sebaiknya sebelum gigi kekal keluar dan jangan biarkan penggunaan puting kosong menjadi tabiat.

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.