Tips Awet Muda

Semakin meningkat usia, kebimbingan semakin bertambah kerana kulit anda mungkin akan menjadi kusam tidak bermaya malah kehilangan kelembapan.

Disini momyMez akan kongsikan beberapa tips ringkas untuk kita kelihatan awet muda.

1. Pemakanan seharian

Dalam kita menjalani kehidupan seharian, mungkin kita terlalu sibuk sehingga mengambil ringan tentang pemakanan yang sihat. Tahu tak, pemakanan yang kurang sihat membuatkan tubuh badan kita kekurangan nutrisi yang sepatutnya dan mendorong kepada faktor penuaan yang cepat.

Oleh itu, amalkan pemakanan sihat seperti pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni yang lebih sihat. Elakkan pengambilan makanan yang berminyak. Sebaiknya, gunakan kaedah cara sihat seperti mengukus, merebus dan sebagainya yang lebih baik.

Pelbagaikan juga jenis sayur dan buah dalam pemakanan seharian, kerana ianya mengandungi antioksidan dan kepentingannya tersendiri untuk tubuh badan kita dan sekaligus membuatkan kulit kita sihat dan lebih awet muda.

Jangan lupa pengambilan makanan tambahan a.k.a suplemen yang terbaik tau. Suplemen menjadi pilihan momyMez ialah produk Shaklee.

2. Pengambilan Air Kosong

Kurangkan pengambilan air manis dalam kehidupan seharian, ianya bukan menjadikan kita kelihatan lebih manis sebaliknya menggalakan penyakit menyinggah dalam tubuh kita. Nak nampak manis dan awet muda kenalah amalkan meminum air kosong mengikut kuantiti yang diperlukan tubuh badan masing-masing.

Seperti mana yang disaranakan ialah meminum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini akan membantu wajah kita lebih muda dan sihat. Kulit tak kering dan kusam kerana keperluan air dalam badan mencukupi.

3. Tidur Yang Cukup dan Lena

Untuk membuatkan diri kita awet muda, kita kena dapatkan tidur yang cukup dan juga lena. Tidur yang lena membantu badan kita mendapatkan rehat yang sepatutnya.

Tidur yang cukup ialah 6 ke 8 jam setiap hari. Kalau tak tidur lena pun tak elok juga tau. Jadi, momyMez sarankan untuk anda dapatkan tidur yang lena. Bangun esok tentu rasa lebih segar dan yakin cantik tau..😄

4. Rutin Penjagaan Muka

Lakukan senaman muka untuk elakkan kedutan atau garis-garis halus yang banyak😁. Senyuman juga merupakan salah satu senaman muka, otot muka akan lebih kuat untuk menghindari penuaan.

Selain itu, amalakan juga penggunaan produk penjagaan muka. Pilih yang terbukti selamat, berkesan, semulajadi dan 100% vegan.

Produk penjagaan yang momyMez cadangkan adalah YOUTH skincare shaklee. Memang terbaik! Tiada tandingan dengan produk skincare lain dipasaran. Kerana mampu mengekalkan kelembapan kulit, mencerahkan, dan menghilangkan masalah jeragat degil malah masalah parut jerawat atau kulit berkawah pun boleh pulih.

Haah,

Nampak tak senangnya tips momyMez ni yang kita terlepas pandang kan. Jadi, anda jangan lupa untuk amalkan tips ringkas momyMez ni ok. Tak susah pun, senang saja kan.

Semoga berjaya miliki awet muda buat diri anda sendiri. Marilah kita awet muda dengan mudah. Selamat mencuba😊 Auumm..

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge