Tips Membesarkan Dan Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum WBT….

MomyMez nak kongsikan sedikit ilmu yang momyMez pelajari terutamanya untuk ibu bapa yang hendak membesarkan dan mendidik anak mengikut acuan Rasulullah SAW. Semoga dibawah ini menjadi pedoman untuk momyMez dan Ibu Bapa sekalian dengan harapan anak menjadi orang berjaya dunia akhirat dan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. adalah :

Tahap 1: Umur anak 0 – 6 tahun

  • Perlu memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas.
  • Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak.
  • Tidak boleh dipukul sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
  • Perbuatan ini akan membuatkan anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebagai sebahagian dari dirinya disaat besar, mereka akan menganggap kita sebagai teman dan rujukan yang terbaik.
  • Anak-anak akan merasa dikasihi dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu anda (ibu bapa) sentiasa ada disisi mereka setiap masa.

Tahap 2: Umur anak 7-14 tahun.

  • Mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak.
  • Menurut hadis Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). 
  • Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk mengingatkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
  • Anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat.
  • Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan kepribadian dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam.

Tahap 3: Umur anak 15- 21 tahun

  • Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka.
  • Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi.
  • Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.
  • Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, hindari mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan saudara-saudaranya yang lain tetapi gunakan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
  • Lakukan sehingga anak-anak merasa tidak ada orang ketiga / asing akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari kesenangan lain kerana memandangkan semua kebahagian dan kesenangan telah ada di rumah bersama keluarga.

Tahap 4: Umur anak 21 tahun dan ke atas 

  • Pada tahap ini, ibu bapa haruslah memberi sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri.
  • Ibu bapa hanya perlu pantau, menasihati dengan diiringi doa agar setiap tindakan yang diambil mereka adalah betul.
  • Berawal dari pengembaraan kehidupan mereka yang benar di luar rumah. InsyaAllah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.
  • Ibu bapa jangan lelah untuk menasihati mereka, kerana kalimat nasihat yang diucap sebanyak 200 kali atau lebih terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang kita inginkan.

Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka

Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya tahap yang terpenting dalam pertumbuhan setiap anak-anak adalah pada tahap yang pertama mengikuti pendidikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika inilah asas /”foundation” dalam kerohanian anak-anak yang sehat terbentuk.

Termasuk perilaku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang dilarang walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda lagi.

Ingatlah…. Masa Kecil Mereka Takkan Berulang Buat Kali Kedua…

Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat pada masa yang berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekankan pada ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semua masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak.

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.