Tips menyembuhkan Urat simpul atau Vena varikos

Apa tu Urat Simpul atau Vena Varikos (vericose Vein)? | Maksud Varikos adalah berpintal yang berasal daripada perkataan Latin”, yang memberi gambaran vena yang berpintal dan bergelembung.

Varikosa boleh berlaku di beberapa bahagian badan dan diberi nama tertentu seperti ‘oesophageal varices’ jika berlaku di saluran makan, varicocele di dalam zakar dan buasir di dubur.

Vena varikos adalah istilah yang digunakan apabila fenomena ini berlaku di kaki. Pada asasnya vena varikos berpunca daripada peningkatan tekanan darah di dalam vena yang terlalu tinggi. Ini menyebabkan kerosakan pada sistem injap vena dan melemahkan dinding vena hingga menghasilkan vena yang bergelembung dan berpintal.

Pada kebiasaannya, vena varikos berlaku pada sistem vena luaran (saphenous vein) di satu atau kedua-dua belah kaki.urat-simpul-atau-vena-varikos

Ia kelihatan seperti gerombolan urat yang membonjol pada sebelah dalam paha dan kaki dari bahagian pangkal paha hingga ke buku lali. Ada juga vena varikos berlaku pada vena kecil di bawah kulit dan ia menyerupai kaki labah-labah berwarna merah atau biru. Ini dipanggil telangectasis.

Faktor- faktor yang mungkin menjadi penyebab vena varikos:

  • Sejarah keturunan
  • Kehamilan
  • Obesiti
  • Postur badan( berdiri atau duduk terlalu lama)
  • Pengambilan pil perancang keluarga bagi wanita
  • Pengambilan pil rawatan hormon

Sebahagian mereka yang mengidap vena varikos mempunyai simptom berikut:

  • Kaki terasa berat, tidak selesa, Lenguh dan sakit
  • Gatal-gatal
  • Bengkak kaki
  • Kekejangan otot kaki
  • Keresahan otot setempat.
  • Perubahan warna kulit yang bertambah gelap terutama berhampiran buku lali

Penyakit vena varikos biasanya tidak banyak mendatangkan mudarat sekiranya ia tidak diabaikan. Apabila diabaikan, tekanan darah dalam vena akan bertambah tinggi sehingga menyebabkan darah mendak di kaki dan aliran darah lembap. Keadaan ini akan mengakibatkan kaki bengkak dan pesakit susah untuk berjalan. Darah yang mendak ini mengandungi aras karbon dioksida dan produk racun yang tinggi dari metabolisma tisu di samping aras oksigen yang rendah.

Untuk jangka pendek ia menyebabkan pesakit kerap merasa kekejangan otot dan gatal pada kulit. Akibat aliran darah yang amat perlahan di bahagian kaki, banyak sel darah yang akan pecah menyebabkan zat besi (ferum) meresap ke tisu mengakibatkan warna kulit bertukar lebih gelap atau kehitaman. Apabila resapan ini bertambah teruk, darah tidak dapat mengalir ke bahagian kulit menyebabkan terjadinya kudis atau ulser yang kronik. Ulser ini tidak mudah disembuhkan jika masalah vena varikos tidak diatasi lebih dahulu.

Bagaimana nak hilangkan urat simpul ni?

MomyMez nak kongsikan sedikit Tips mudah untuk hilangkan urat simpul ni dengan hanya menggunak bawang putih.

Tahukah anda kajian menunjukkan yang bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovascular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Kajian makmal menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam:

bawang-putih

  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal
  • Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting

 

teratak

One thought on “Tips menyembuhkan Urat simpul atau Vena varikos

  1. Pingback: Masalah-masalah yang sering berlaku ketika bakal ibu mengandung – TERATAK-VITAMIN.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.