Tips Percutian Membawa Anak

Bercuti merupakan perkara yang menyeronokkan apatahlagi bercuti bersama keluarga. Sebelum memulakan percutian anda, pastikan kita telah bersedia dengan perkara berikut.

#1 Ketahui destinasi yang hendak dituju

Usahkan untuk tidak membawa anda anda bercuti ditempat yang mempunyai wabak atau penyakit yang berjangkit. Daya tubuh kanak-kanak adalah lebih lemah berbanding dewasa dan ini merisikokan anak anda daripada mudah dijangkiti penyakit.

 

#2 Aktivit bercuti

Pastikan aktiviti yang hendak dilakukan nanti adalah bersesuaian dengan usia dan keupayaannya.

 

#3 Sediakan pakaian yang bersesuaian

Sebelum ke tempat percutian pastikan anda tahu akan persekitarannya terlebih dahulu seperti suhu atau cuacanya. Ini akan membantu anda menyediakan pakaian yang bersesuaian dengan keadaan cuaca disana nanti seperti topi dan losyen etc mengikut keadaan susu atau cuaca tempat tersebut.

 

#4 Ubat dan rekod perubatan

Pastikan anda sekeluarga berada dalam keadaan yang sihat untuk menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan kerana dapat melakukan aktiviti percutian seperti yang dirancang bersama-sama. Sekiranya anda atau anak anda mempunyai penyakit yang memerlukan pengambilan ubat-ubatan dari doktor, anda perlu memastikan semua keperluan tersebut dibawa bersama termasuklah rekod perubatan untuk memudahkan anda berurusan dengan hospital atau klinik sekiranya berlaku sesuatu.

 

#5 Beg galas

Bercuti dengan beg galas merupakan satu keperluan wajib untuk ibu bapa yang mempunyai anak terutama anak kecil. Sediakan segala kelengkapan dalam beg galas seperti lampin pakai buang, tisu basah, tuala,sabun shampoo, selimut, pakaian, air atau susu, snek dan sebagainya untuk memudahkan membawanya ke mana-mana.

 

#6 Terangkan kepada sicomel anda sehari sebelum percutian

Berikan sedikit gambaran destinasi yang hendak dituju. Ajak anak berbualn secara santai agar dia lebih tenang dan faham apa yang hendak anda sampaikan untuk lancarkan percutian anda nanti dan suapya dia akan mendengar kata-kata anda, Nasihatkannya apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang bercuti nanti.

 

#7 Tempat duduk bayi atau kanak-kanak

Sekiranya anda menaiki kenderaan untuk ke destinasi percutian, pastikan anak anda mempunyai tempat duduk khas untuk mereka. Ini adalah untuk keselamatan sepanjang perjalanan nanti dan juga untuk keselesaan anak anda dalam kenderaan yang anda sekeluarga naiki.

 

#8 Bersama sentiasa

Sebut sahaja percutian pastinya ia sesuatu yang menyeronokkan tapi jangan lupakan ahli keluarga anda yang datang bersama. Pastikan anda sentiasa saling mengingati antara satu sama lain, supaya tidak ada yang tertinggal pula nanti terutamanya anak anda sendiri. **Jangan biarkan anak kecil anda dijaga oleh bukan dewasa.

 

Rasanya semua ni dah tersedia? Ini bermakna anda sudah bersedia untuk bercutiiiii..

Selamat bercuti! Semoga percutian anda lancar dan menyeronokkan bersama orang tersayang.

*** Terus terasa nak pergi bercuti pula sekarang ni.. Hehehe..

 

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.