Ubi Kayu Kelapa Manis

Ini salah satu makanan kegemaran ni, kelapa parut pun guna yang segar. Ibu mertuaku parut kelapa sendiri di rumah, santan pun sendiri buat je dari rumah segar dan pekat lagi. Terbaik!

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan, ialah :

#1. Ubi Kayu -200gm

#2. Gula kabung -100gm

#3. Gula kabung diparut -30gm

#4. Kelapa parut -50gm

#5. Sehelai daun pisang

#6. Air -150ml

Cara membuatnya memang mudah :

Mula-mula rebuskan dulu ubi kayu tadi sehingga mendidih. Kemudian, masakkan gula kabung dengan sedikit air sehinggalah pekat.

Letakkan daun pisang tadi diatas pinggan, kemudian toskan air ubi kayu tadi.

Kemudian letakkan ubi kayu rebus diatas pinggan beralaskan daun pisang tadi.

Seterusnya, taburkan kelapa parut dan gula kabung diatasnya. Seterusnya, letakkan juga gula kabung yang telah dicairkan tadi.

Siap! Hidang panas-panas, makan mesti bertambah-tambah.

Yess..Serius memang sedap! Nyumm!

 

Biasanya kami buat Ini untuk sarapan dan minum petang sangat sesuai. Selamat mencuba.

Baca : 5 langkah ke arah daya tumpuan yang lama

teratak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.